Bursa lemah seiring kejatuhan di Wall Street

Bursa lemah seiring kejatuhan di Wall Street

Bursa lemah seiring kejatuhan di Wall Street

KUALA LUMPUR 21 Jan – Harga saham di Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini apabila para pelabur berhati-hati susulan penurunan di Wall Street semalaman tetapi kenaikan dalam saham kewangan membantu meningkatkan indeks pasaran utama, kata para peniaga.

Pada penutup, Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) naik 1.74 mata kepada 1,308.36. Ia dibuka 3.03 mata lebih rendah kepada 1,303.59 daripada 1,306.62 semalam.FBM KLCI mencecah paras paling rendah dan tinggi harian masing-masing pada 1,302.82 dan 1,308.52.

Pasaran terikat dengan jajaran kecil yang ketat, kata seorang daripada peniaga.

Indeks Kewangan yang menongkah arus pasaran meningkat 29.87 mata kepada 11,481.14 di tengah-tengah kenaikan Maybank dan CIMB Group.Indeks Perusahaan turun 3.08 mata kepada 2,713.34 Indeks Perladangan susut 4.86 mata kepada 6,463.51.

Indeks FBM Emas jatuh 17.24 mata kepada 8,798.64, Indeks FBM Ace susut 85.48 mata kepada 4,535.66 manakala Indeks FBM70 berkurangan 61.68 mata kepada 8,590.07.

Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 571 berbanding 203 manakala 241 kaunter kekal tidak berubah dan 319 yang lain tidak diniagakan.Jumlah dagangan berkurangan kepada 1.065 bilion saham bernilai RM1.378 bilion daripada 1.339 bilion saham bernilai RM1.806 bilion semalam.

Di kalangan saham cergas, Talam tidak berubah pada 11.5 sen, Axiata naik empat sen kepada RM3.47 dan Baswell Resources turun 10.5 sen kepada 65.5 sen.Syarikat-syarikat yang menongkah arus pasaran hari ini termasuklah Top Glove yang meningkat 32 sen kepada RM11.78, dan Bintai dan Proton yang menokok 20 sen setiap satu masing-masing kepada 60 sen dan RM4.33.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama berkurangan kepada 849.253 juta saham bernilai RM1.326 bilion daripada 1.142 bilion saham bernilai RM1.762 bilion sebelumnya.

Jumlah dagangan di Pasaran Ace turun kepada 93.204 juta saham bernilai RM21.785 juta daripada 115.315 juta saham bernilai RM24.015 semalam.Waran melonjak kepada 116.189 juta unit bernilai RM28.219 juta daripada 65.298 juta unit bernilai RM14.199 juta.

Barangan pengguna menyumbang 70.656 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, barangan perusahaan 209.821 juta, pembinaan 57.127 juta, perdagangan dan perkhidmatan 255.782 juta, teknologi 55.277 juta, prasarana 10.485 juta, kewangan 59.182 juta, hotel 2.487 juta, harta 113.97 juta, perladangan 12.47 juta, perlombongan 3,000, REITs 1.858 juta dan dana tertutup 125,300.

Bursa lemah berita,Bursa lemah istri, Bursa lemah poster, Bursa lemah terkini, Bursa lemah foto, Bursa lemah foto, Bursa lemah foto, Bursa lemah video, Bursa lemah ayunan, Bursa lemah turnamen, Bursa lemah master, Bursa lemah dukungan, Bursa lemah hangat, Bursa lemah privasi, Bursa lemah yayasan, Bursa lemah informasi, Bursa lemah info,  Bursa lemah harian, Bursa lemah poster, Bursa lemah jadwal, Bursa lemah latar belakang, Bursa lemah video, Bursa lemah film, Bursa lemah tanda tangan, Bursa lemah wallpaper, Bursa lemah biografi, Bursa lemah blog, John Edward susia, Bursa lemah profil,Bursa lemah foto, Bursa lemah berat, Bursa lemah wallpaper,foto, gambar, terkini, web, Dolaran, baru, berita lain-lain, dunia, sukan, sains,teknologi, ekonomi