Bukan salah Tevez

Bukan salah Tevez

Bukan salah Tevez

LONDON – Carlos Tevez tidak disalahkan ekoran kegagalannya menyempurnakan peluang bagi menjaringkan gol ketika Manchester City tewas 0-1 kepada Sunderland, Ahad lalu.

Perancang City, Yaya Toure berkata, semua pemain City harus bertanggungjawab ekoran kekalahan pertama mereka dalam kempen Liga Perdana England musim ini.

Jelas Toure, bukan Tevez sahaja yang mensia-siakan peluang, malah kesemua pemain City melakukan kesilapan yang sama.

“Tidak ada mana-mana pemain menyalahkan Tevez ekoran kegagalannya menyempurnakan peluang terhidang bagi menjaringkan gol.

“Dia merupakan kapten kami dan pemain yang penting buat City. Kami sebe- narnya banyak peluang untuk menjaringkan gol pada perlawanan tersebut, namun disia-siakan begitu sahaja,” jelasnya.

Ekoran kekalahan mengejut di tangan Sunderland itu, City kini ketingga- lan lima mata di belakang pendahulu liga, Chelsea.

“Saya sebenarnya paling tidak suka dengan kekalahan. Sebaiknya kami perlu melupakan segera kekecewaan ini dan kembali bangkit bagi menghadapi perla- wanan seterusnya.

“Kami semua berasa kecewa dengan kekalahan pertama ini.

“Namun, segala- galanya telah berlaku dan sewajarnya ia menjadi pengajaran buat kami semua pada masa akan datang,” tambah Toure.

Tevez, Tevez  kini, Tevez terkini, Tevez terbaru, Tevez baru, Tevez skandal, gambar Tevez, foto Tevez, video Tevez, biodata Tevez, biografi Tevez, sejarah Tevez, web Tevez, berita terkini, berita terbaru, berita penting, berita dunia, berita asia