Britain, AS berpakat perangkap Saddam

Britain, AS berpakat perangkap Saddam

Britain, AS berpakat perangkap Saddam

LONDON 14 Jan. – Britain dan Amerika Syarikat (AS) telah berpakat untuk mendapatkan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke atas Iraq pada penghujung 2002 untuk ‘memasang perangkap’ ke atas Saddam Hussein, demikian menurut bekas ketua perkhidmatan awam Britain.

Lord Turnbull (gambar) berkata, idea sebuah resolusi sebagai kata dua kepada kerajaan Iraq dipersetujui oleh Presiden AS ketika itu, George W. Bush dan bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair di Camp David pada September 2002.

Resolusi yang diguna pakai pada November 2002, dibentangkan sebagai satu cubaan memaksa Iraq memenuhi kewajipannya melucutkan senjata bagi mengelakkan konflik ketenteraan.

Namun, ulasan Lord Turnbull memberi gambaran kedua sekutu kuat itu telah lama condong ke arah konfrontasi lama sebelum pencerobohan pada Mac 2003 lagi. Jangkaan telah dibuat oleh AS dan Britain mengenai keengganan Saddam mematuhi resolusi terbabit.

Bekas Setiausaha Kabinet yang bercakap dalam siasatan Chilcot berhubung perang berkenaan, menjelaskan bahawa beliau tidak tahu motif sebenar Blair sebelum pencerobohan dilancarkan kerana dia bukan dalam lingkungan rapat dengan bekas Perdana Menteri itu.

Tidak dapat dipastikan sama ada Blair mahu mengelakkan perang atau penyokong pertukaran rejim yang ‘bercakap mengenai pemecatan’. Pendapat peribadi Lord Turnbull menggambarkan Blair bermula sebagai ‘penukar rejim’ yang yakin dengan perlunya menggunakan saluran PBB.

Di dalam Kabinet Blair ketika itu, hanya Robin Cook dan Clare Short yang mempersoalkan pendekatan perang, yang sudah ‘disepakati’ pada September 2002, semasa Lord Turnbull mula memegang jawatan itu.

Cook meletak jawatan sebagai Setiausaha Luar pada Mac 2003 kerana meragui keperluan berperang sementara Short dipuji oleh Lord Turnbull, sekali gus mempersoalkan penerangan ketua komunikasi kepada Blair, Alastair Campbell yang mengatakan bekas Setiausaha Kemajuan Antarabangsa itu sebagai ‘tidak boleh dipercayai’.

Lord Turnbull berkata, anggota Kabinet lain telah ‘terbiasa’ menerima laporan perisikan yang diletakkan di hadapan mereka sebagai boleh dipercayai dan pada masa perbincangan sampai ke Kabinet, keputusan telah dibuat di tempat lain.

Malah kegagalan pemeriksa senjata PBB untuk menemui senjata rahsia dalam konflik itu membuatkan ramai menteri Kabinet lebih yakin Saddam menyembunyikan senjata, ujar beliau.

Britain berita,Britain berita terkini,Britain berita berita,Britain berita minggu,Britain berita terbaru,Britain berita ekonomi,Britain indonesia berita,Britain berita dunia,Britain berita harian,Britain berita selebritis,Britain berita nasional,Britain berita artis,Britain berita bola,berita malaysia,berita tv,berita business,berita cuaca,berita foto,berita internasional,berita hot,berita hangat,berita selebriti,berita politik,berita liga inggris,berita bernama,berita aneh,berita transfer pemain,berita kematian,berita harian hari,dunia, malaysia, melayu, indon, indonesia, foto, gambar, terkini, web, Dolaran, baru, macam-macam, Bf-1,dunia, sukan