Brazil tak sabar anjur edisi 2014

Brazil tak sabar anjur edisi 2014

Brazil tak sabar anjur edisi 2014

RIO DE JANEIRO – Selepas berakhir Piala Dunia sulung di Afrika Selatan semalam, tumpuan selepas ini sudah pasti kepada Brazil yang akan menjadi tuan rumah berikutnya pada 2014.

Bagaikan tidak sabar menanti detik itu, Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva awal-awal lagi sudah menjanji- kan satu persembahan menarik bakal diadakan bagi menyambut kedatangan Piala Dunia buat kali pertama dalam tempoh 40 tahun ke benua Amerika Selatan itu.

Malah secara terbuka, beliau mahu secepat mungkin melihat Brazil menebus kegagalan meraih kejuaraan keenam Piala Dunia selepas impian yang ditanam di Afrika Selatan berkubur dek kekala- han 1-2 kepada Belanda pada suku akhir.

Bagi menyokong keghairahan presiden negara itu, rakyatnya seramai 200,000 orang telah berkumpul di Stadium Maracana untuk turut sama menyaksikan perlawanan akhir antara Sepanyol dan Belanda di skrin besar.

Sebagai negara paling berjaya meraih kejuaraan dalam sejarah Piala Dunia iaitu seba- nyak lima kali, Brazil bagai- manapun berdepan tugas berat untuk memastikan memori 1950 tidak berulang pada 2014 nanti.

“Gagal pada 2010 memang boleh diterima tetapi jika gagal pada 2014 nanti, ia akan mengembalikan memori hitam 1950 apabila Brazil tewas mengejut pada Uruguay pada perlawanan akhir.

“Sudah pasti tiada siapa mahukan ia berulang,” kata Presiden Persekutuan Bola Sepak Brazil, Ricardo Teixeira.

Beliau yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Brazil 2014 menegaskan, sentimen itulah yang membangkitkan semangat pihaknya untuk berusaha keras menanti detik tersebut.

“Cuma masalah yang kami hadapi menjelang 2014 adalah kemampuan lapangan terbang untuk menampung kebanjiran pasukan dan penyokong,” tegasnya.

Kenyataan itu menyebabkan Lula memberi respons segera kepada permasalahan itu dengan memberi jaminan negaranya akan bersedia menjadi penganjur walaupun berdepan situasi sama yang dihadapi Afrika Selatan ketika membuat persiapan.

Brazil, Brazil kini, Brazil terkini, Brazil terbaru, Brazil baru, Brazil skandal, gambar Brazil, foto Brazil, video Brazil, biodata Brazil, biografi Brazil, sejarah Brazil, web Brazil, berita terkini, berita terbaru, berita penting, berita dunia, berita asia, berita malaysia, berita melayu, berita indon, berita indonesia, berita kl, berita tv, berita harian, berita gay, berita artis, berita hiburan, berita sukan, berita ekonomi, berita sains, berita teknologi, berita kesihatan, berita sejarah, berita politik, berita bf1, dunia, asia, malaysia, melayu, indon, indonesia, foto, gambar, terkini, web, harian, baru, macam-macam, Brazil, tak, sabar, anjur, edisi, 2014