Bolt lebih gemar merendah diri

Bolt lebih gemar merendah diri

PARIS – Usain Bolt kini mula menjadi perhatian menjelang Kejohanan Olahraga Dunia di Daegu, Korea Selatan.

Bagaimanapun, pelari sensasi Jamaica itu awal-awal lagi memberi amaran supaya tidak menjangkakan catatan rekod dunia baharu yang mampu diciptanya nanti.

Bolt telah mendominasi acara 100 dan 200 meter sejak merangkul dua pingat emas pada Sukan Olimpik 2008 di Beijing, China.

Atlet berusia 24 tahun itu sukar dicabar pada edisi terakhir Kejohanan Olahraga Dunia 2009 di Berlin, Jerman apabila menjuarai kedua-dua acara tersebut dengan catatan rekod dunia 9.58 saat (100m) dan 19.19s (200m).

Namun kecederaan telah menjejaskan prestasi Bolt, malah mula menjadi penghalang ke- pada hajatnya untuk mencatat rekod yang lebih pantas pada Kejohanan Olahraga Dunia yang bermula 27 Ogos ini hingga 4 September depan.

“Saya adalah juara Olimpik dan dunia. Misi saya adalah untuk mempertahankan kejuaraan saya,” kata Bolt.

“Namun saya mungkin tidak dapat mencapai masa 9.58s musim ini, saya bukan di tahap terbaik ketika dua tahun lalu. Saya akan cuba untuk mencatat 9.7s atau mungkin 9.6s.”

Sebaliknya, rakan senegara Bolt, Asafa Po- well dilihat mampu mencipta kejutan kali ini selepas mencatat masa terpantas tahun ini dalam acara 100m.

Musuh ketat Bolt dari Amerika Syarikat, Tyson Gay pula telah menarik diri pada kejo- ha- nan kali ini kerana masalah kecederaan, manakala Steve Mullings pula digantung penyertaan kerana positif ujian dadah.

Sementara itu, atlet wanita Amerika Syari- kat, Carmelita Jeter berpeluang cerah meraih emas selepas dia muncul pelari terpantas acara 100m tahun ini.

Jeter turut bersaing dalam acara 200m, begitu juga dengan pencabar terdekatnya, Shalon- da Solomon dan Allyson Felix.

Bolt indon, Bolt indonesia, Bolt berita, Bolt kini, Bolt kl, Bolt majalah, Bolt maju, Bolt  malaysia, Bolt melayu, Bolt penting, Bolt Bolt, Bolt politik, Bolt scander, Bolt sejarah, Bolt skandal, Bolt sukan, Bolt terbaru, Bolt terkini, Bolt tv, Bolt video, Bolt web, Bolt asia, Bolt baru, Bolt dunia, Bolt foto, Bolt gambar, Bolt gay, Bolt harian, Bolt, lebih, gemar, merendah, diri, mendominasi, acara, meter, sejak, merangkul, dua, pingat, emas, Sukan, Olimpik, Beijing, China, prestasi, Bolt, Amerika Syarikat, Tyson Gay, Jeter, Shalonda Solomon, Allyson Felix, gambar Bolt, foto Bolt, galeri Bolt, profil Bolt, atlet Bolt, atlet, sukan, sukan Bolt, Bolt antarabangsa