Bintang muda United mula digeruni

Bintang muda United mula digeruni

LONDON – Pertahanan Manchester United, Chris Smalling (gambar) percaya barisan muda The Red Devils mampu menjadi pemain bertaraf dunia.

Smalling mendedahkan perkara itu selepas United melakar kemenangan 3-0 ke atas Tottenhem Hotspur pada aksi Liga Perdana England, Selasa lalu.

Pada pertemuan di Old Trafford itu, pengurus United, Alex Ferguson mempertaruhkan pemain yang rata-ratanya berusia dalam lingkungan usia 23 tahun dan hanya tiga pemain sahaja yang berusia melebihi 24 tahun.

“Saya amat gembira melihat potensi yang ditunjukkan oleh barisan pemain muda United.

“Sekarang kami semakin menghampiri prestasi terbaik dan akan sentiasa maju ke hadapan. Ia demi masa depan kami dan saya teruja menjadi salah seorang pemain United,” kata Smalling.

Tonggak berpengalaman United, Patrice Evra pula menambah: “Pengurus (Ferguson) tidak gentar untuk menurunkan barisan muda.

“Saya tidak terkejut kerana saya telah melihat mereka beraksi cemerlang ketika saingan pra musim lalu.

“Kami mungkin kehilangan Edwin Van der Sar, Paul Scholes dan Gary Neville, tetapi kamu sendiri dapat menyaksikan permata baru di United yang semakin menyinar,” katanya.

berita harian, berita asia, berita indon, berita indonesia, berita kesihatan, berita kl, berita malaysia, Berita Malaysia dan Singapore, berita melayu, berita penting, berita politik, berita sains, berita sejarah, berita sukan, berita teknologi, berita terbaru, berita terkini,Bintang, muda, United, digeruni, Pertahanan, Manchester United, Chris Smalling, percaya, barisan, muda, The Red Devils, pemain, bertaraf, dunia, Smalling, selepas, United, melakar, kemenangan, Tottenhem Hotspur, aksi, Liga, Perdana England, Selasa, bolasepak, Edwin Van der Sar, Paul Scholes, Gary Neville