Beribu penduduk diarah pindah

Beribu penduduk diarah pindah

lu_04.1

Beribu penduduk diarah pindah

VANCOUVER, British Columbia – Pasukan kecemasan berhempas-pulas untuk memadamkan dua kebakaran hutan besar yang memaksa beribu-ribu penduduk di selatan komuniti Kanada meninggalkan rumah mereka, semalam.

Angin dan keadaan kering menyebabkan kebakaran yang bermula sejak Sabtu lalu itu cepat merebak di sepanjang bukit Okanagan Lake, selatan bandar Kelowna, British Colombia iaitu tempat rumah kediaman didirikan secara haram di sekeliling hutan tersebut sejak beberapa tahun ini.

“Angin kencang menyebabkan kebakaran menjadi semakin buruk,” kata jurucakap Perkhidmatan Hutan British Colombia, Elise Riedlinge yang masih belum dapat menganggarkan bila kebakaran itu dapat dikawal sepenuhnya.

Tiada kematian atau kecederaan dilaporkan, tetapi dikhuatiri sebanyak sembilan bangunan telah musnah.

Pasukan kecemasan telah berjaya menyelamatkan sebuah kompleks kilang papan besar yang terancam dengan kebakaran tersebut, menurut laporan media tempatan.

Kira-kira 17,000 orang telah diberitahu supaya meninggalkan kediaman mereka atau bersedia untuk dipindahkan jika diarahkan berbuat demikian oleh pegawai kecemasan.

”Kebakaran di Glenrosa yang bermula Sabtu lalu, telah merebak sehingga meliputi kawasan seluas 350 hektar, sementara kebakaran di Empangan Rose Valley yang berlaku beberapa kilometer ke utara merebak sehingga 150 hektar,” kata Riedlinger.

Kebakaran ketiga di barat laut Kelowna turut tidak dapat dikawal tetapi tidak mengancam kawasan penduduk.

Menurut polis, punca kebakaran sedang disiasat, tetapi pasukan bomba wilayah berkata, mereka percaya kebakaran itu tiada perkaitan.

Helikopter dan pesawat turut digunakan untuk menjatuhkan air dan bahan pencegah kebakaran bagi membantu lebih 200 anggota bomba yang berusaha mengawal kebakaran itu di darat.

Beribu,Beribu berita, Beribu kini, Beribu dunia, Beribu asia,Beribu malaysia, Beribu melayu, Beribu indon, Beribu indonesia, Beribu kl, Beribu foto, Beribu gambar, Beribu bf1, berita dunia, berita majalah, berita baru, berita asia, berita artis, berita hiburan, berita kawan, berita politik, berita-berita, beritakini, beritadunia, beridaasia, beritamalaysia, beritamelayu, beritaindon, beritaindonesia, beritakl, beritafoto, beritagambar, beritaterkini, beritaweb, beritaharian, beritabaru, beritabf1, beritatv, berita8, beritagay, beritapenting, beritabulan, beritakasa, beritaawas, berita2, beritascander, beritajalan, beritamaju, beritasukan, berita kini, berita dunia, berita asia, berita malaysia, berita melayu, berita indon, berita indonesia, berita kl, berita foto, berita gambar, berita terkini, berita web, berita harian, berita baru, berita bf1, berita tv, berita 8, berita gay, berita penting, berita bulan, berita kasa, berita awas, berita scander, berita jalan, berita maju, berita sukan, berita, kini, dunia, asia, malaysia, melayu, indon, indonesia, kl, foto, gambar, terkini, web, harian, baru, bf1