Bergaduh pasal politik di jalanan

Bergaduh pasal politik di jalanan

du_10.1

Bergaduh pasal politik di jalanan

SINGAPURA – Krisis kepimpinan yang melanda parti pembangkang Singapura, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Singapura (PKMS) bertukar ganas kelmarin apabila dua kumpulan serpihan bergaduh di luar pejabat parti berkenaan di Eunos, lapor sebuah akhbar semalam.

Empat lelaki dihantar ke hospital akibat cedera di kepala dan tangan manakala seorang daripada mereka dimasukkan ke unit rawatan rapi kerana mengalami keretakan tengkorak.

Polis menangkap 21 orang, dua daripada mereka wanita kerana merusuh dengan membawa senjata berbahaya dalam insiden pergaduhan itu yang berlaku pada waktu tengah hari.

Semua yang ditangkap termasuk empat yang masih dirawat di hospital, berusia di antara 27 tahun dan 69 tahun. Setakat ini, polis masih belum pasti sama ada mereka merupakan ahli PKMS.

Beberapa senjata seperti tukul besi dan pemutar skru dipercayai digunakan dalam pergaduhan tersebut. Sejak tiga tahun lalu, PKMS berpecah kepada dua kumpulan yang saling bermusuhan.

Timbalan Presiden PKMS, Lella Mardiiiah Mohamed berkata, lapan penyokong beliau pergi ke pejabat parti itu kelmarin untuk menukar mangga kunci.

Katanya, kelmarin juga merupakan hari berakhirnya penggal ahli majlis sedia ada yang diterajui Presiden PKMS, Osman Hassan.

Lella, 35, memberitahu, beliau dan ahli majlis pimpinannya dipilih menerajui parti dalam satu perhimpunan agung yang diadakan pada November tahun lalu.

Bagaimanapun, Osman, 64, menyatakan, beliau tidak mengiktiraf pasukan baru itu sekali gus enggan menyerahkan pejabat berkenaan yang membawa kepada pergaduhan.

bergaduh, bergaduh kini, bergaduh terkini, bergaduh terbaru, bergaduh baru, bergaduh skandal, gambar bergaduh, foto bergaduh, video bergaduh, biodata bergaduh, biografi bergaduh, sejarah bergaduh, web bergaduh, berita terkini, berita terbaru, berita penting, berita dunia, berita asia, berita malaysia, berita melayu, berita indon, berita indonesia, berita kl, berita tv, berita harian, berita gay, berita artis, berita hiburan, berita sukan, berita ekonomi, berita sains, berita teknologi, berita kesihatan, berita sejarah, berita politik, berita bf1, dunia, asia, malaysia, melayu, indon, indonesia, foto, gambar, terkini, web, harian, baru, macam-macam, Bf-1, bergaduh, singapura