Bentley diserang

Bentley diserang

mainpix

Bentley diserang

BINTANG bola sepak England, David Bentley ditumbuk di mukanya ketika dia duduk dalam sebuah restoran bersama tunangnya yang sarat mengandung. Pemain tengah Tottenham Hotspur berusia 24 tahun itu menikmati makanan bersama Kimberly Mills dan dua orang lain apabila seorang lelaki berjalan ke meja mereka selepas menamatkan makan malamnya dan menghayun penumbuk ke muka Bentley.

Bentley yang terkejut terhuyung-hayang di kerusinya ketika penyerangnya berlari keluar restoran itu. Rakan pemain itu cuba mengejar lelaki samseng itu – dipercayai dalam lingkungan usia 20-an – tetapi dia turut diserang dan mengalami luka di muka serta lebam di matanya.

Pelayan di restoran dan bar Nolita di Brookmans Park, Herts, pantas menelefon polis dan Bentley, yang dikatakan “menggeletar”, akan memfailkan saman. Seorang jurucakap pemain itu yang menyertai Tottenham selepas memulakan kariernya bersama musuh ketat Arsenal berkata dia memang menjadi sasaran daripada awal lagi.

Ejen Bentley, Robert Segal berkata penyerang itu sudah membayar bilnya terlebih dulu dan sebuah teksi menunggunya di luar bersedia untuk membantunya melarikan diri.

Segal berkata: “David memang amat terkejut. Dia berada di restoran bersama rakan baiknya dan pasangan masing-masing. Seorang lelaki lalu di sebelahnya dan mula bercakap tidak tentu kepadanya, kemudian dia menghayun tangan lalu menumbuknya. Tunang David, yang mengandung tujuh bulan, baru saja ke tandas dan dia nampak kejadian itu. Sudah pasti, dia amat terganggu dengan kejadian itu.

“Rakan David melompat dan meluru keluar untuk mengejar lelaki itu dan dia juga ditumbuk. Ia jelas sudah dirancang terlebih dulu kerana orang lain di meja itu bangun dan lari keluar restoran. Ada teksi menunggu mereka di luar.

“Polis dipanggil dan kami hanya menanti apa yang boleh kami lakukan. Jika kami dinasihati, kemungkinan besar kami akan memfailkan saman.

“David adalah mangsa dalam kejadian ini. Dia berkata kepada saya, ‘Apa yang membenarkan seseorang untuk berjalan ke arah saya dan menyerang saya ketika saya sedang menikmati makanan?’.

Dia menambah: “Saya bersyukur lelaki itu meluru keluar, kerana jika David menumbuknya kembali, dia pasti berada di lokap polis sekarang.”

Bentley, yang berasal dari Peterborough, sudah beraksi sembilan kali buat England dan pernah dilihat sebagai pengganti sejati kepada David Beckham.

Namun dia bergelut sejak perpindahan bernilai STG17 juta (RM98 juta) ke Spurs tahun lalu dan difahamkan pengurus Harry Redknapp bercadang untuk menjualnya.


Liga Perdana England, Liga Perdana England berita, Liga Perdana England kini, Liga Perdana England dunia, Liga Perdana England asia, Liga Perdana England malaysia, Liga Perdana England melayu, Liga Perdana England indon, Liga Perdana England indonesia, Liga Perdana England kl, Liga Perdana England foto, Liga Perdana England gambar, Liga Perdana England bf1, berita dunia, berita majalah, berita baru, berita asia, berita artis, berita hiburan, berita kawan, berita politik, berita-berita, beritakini, beritadunia, beridaasia, beritamalaysia, beritamelayu, beritaindon, beritaindonesia, beritakl, beritafoto, beritagambar, beritaterkini, beritaweb, beritaharian, beritabaru, beritabf1, beritatv, berita8, beritagay, beritapenting, beritabulan, beritakasa, beritaawas, berita2, beritascander, beritajalan, beritamaju, beritasukan, berita kini, berita dunia, berita asia, berita malaysia, berita melayu, berita indon, berita indonesia, berita kl, berita foto, berita gambar, berita terkini, berita web, berita harian, berita baru, berita bf1, berita tv, berita 8, berita gay, berita penting, berita bulan, berita kasa, berita awas, berita scander, berita jalan, berita maju, berita sukan, berita, kini, dunia, asia, malaysia, melayu, indon, indonesia, kl, foto, gambar, terkini, web, harian, baru, bf1