Benitez terus dihimpit tekanan

Benitez terus dihimpit tekanan

Benitez terus dihimpit tekanan

WOLVERHAMPTON, England – Rafael Benitez menutup mulut pengkritik selepas mengalahkan Tottenham minggu lalu, namun semalam dia kembali tertekan selepas pasukannya mempamerkan aksi mengecewakan apabila seri 0-0 dengan pasukan bermasalah, Wolves di Molineux.

Benitez bagaimanapun menegaskan, spekulasi yang mengaitkannya dengan perpindahan ke kelab Itali, Juventus tidak menganggu tumpuannya, yang kini berusaha membawa Liverpool menduduki empat tangga teratas Liga Perdana England, musim ini.

Juventus dilaporkan berminat untuk mendapatkan jurulatih dari Sepanyol itu bagi menggantikan Ciro Ferrara selepas masa depan Benitez di Anfield tidak menentu ekoran aksi hambar yang Liverpool musim ini, selain masalah kewangan yang menyebabkan dia tidak mampu bersaing dalam pasaran pembelian pemain.

Menurut laporan, Juevntus sudahpun membuat penawaran serius untuk mendapatkan Benitez, termasuk menyerahkan dokumen dan pelan mereka kepada jurulatih itu, malah mereka yakin akan dapat mengikat Benitez.

“Saya lebih senang bercakap tentang perlawanan hari ini dan bukan tentang Juventus. Saya benar-benar memberi tumpuan untuk memastikan kami memenangi perlawanan.

“Perkara paling penting, kami meraih mata hari ini dan menghampiri kedudukan keempat liga. Itu saja tumpuan saya sekarang dan saya tidak mahu bercakap tentang Juventus,” tegas Benitez sejurus tamat perlawanan.

Liverpool kini menduduki tangga kelima liga dan tidak kalah dalam lima perlawanan terakhir, namun mereka masih ketinggalan dengan tiga mata di belakang Tottenham, malah Manchester City dan Aston Villa mempunyai kelebihan satu perlawanan di tangan.

Hanya empat pasukan teratas layak mendapat tempat ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan.

Dalam perlawanan semalam, Liverpool masih gagal mempamerkan aksi meyakinkan sekalipun kembali mendapat sentuhan ketua pasukan dan bintang tengah, Steven Gerrard yang kembali daripada kecederaan.

Gerrard jelas masih tidak cergas sepenuhnya, sekali gus memaksa Liverpool meletakkan Dirk Kuyt sebagai penyerang tunggal.

Taktik Benitez terus dipersoalkan apabila dia hanya meletakkan Alberto Aquilani di bangku simpanan meskipun pasukannya langsung tidak efektif.

Wolves juga menggunakan percaturan yang membosankan, hanya meletakkan Kevin Doyle sebagai penyerang tunggal, menyaksikan aksi semalam cukup hambar.

Sesekali tuan rumah melakukan serangan balas yang direncanakan oleh Matt Jarvis, namun Jamie Carragher yang beraksi di pertahanan kanan berjaya mematahkan serangan lawan.

Benitez, Benitez kini, Benitez terkini, Benitez terbaru, Benitez baru, gambar Benitez, foto Benitez, video Benitez, biodata Benitez, biografi Benitez, sejarah Benitez, web  Benitez, Benitez terkini, Benitez terbaru, Benitez penting, Benitez dunia, Benitez  Benitez, Benitez malaysia, Benitez melayu,  Benitez indon, Benitez indonesia, Benitez kl, Benitez tv, Benitez Benitez, Benitez gay, Benitez artis, Benitez hiburan, Benitez sukan,  Benitez ekonomi, Benitez sains, Benitez teknologi, Benitez kesihatan,  Benitez sejarah, Benitez politik, Benitez bf1, dunia, Benitez, malaysia, melayu, indon, indonesia, foto, gambar, terkini, web, Dolaran, baru, macam-macam, sukan, teknologi, ekonomi