Bekas Presiden Pakistan meninggal dunia

Bekas Presiden Pakistan meninggal dunia

Bekas Presiden Pakistan meninggal dunia

ISLAMABAD, 20 Okt – Bekas Presiden Pakistan, Farooq Ahmad Khan Leghari meninggal dunia di hospital hari ini setelah lama menghidap sakit.

Farooq mengalami masalah jantung dan dimasukkan ke Hospital Tentera di Rawalpindi beberapa hari lalu.

Anak lelaki Allahyarham, Jamal Leghari memberitahu AFP ayahnya berusia 70 tahun.

Farooq merupakan salah seorang pengasas Parti Rakyat Pakistan (PPP) yang memerintah sekarang dan menjadi Presiden Pakistan dari November 1993 hingga Disember 1997.

Allahyarham merupakan Presiden kelapan negara ini sejak mencapai kemerdekaan daripada Britain pada 1947.

Pada 1996, beliau membubarkan kerajaan Perdana Menteri Benazir Bhutto yang memimpin PPP pada masa itu atas dakwaan rasuah. Benazir melarikan dan kemudian mati dalam serangan bersenjata semasa mengadakan kempen pilihan raya di Rawalpindi pada 2007.

Farooq tidak sempat menamatkan tempoh pentadbirannya selama lima tahun sebagai Presiden dan meletakkan jawatan selepas wujud perbezaan pendapat dengan pengganti Bhutto selepas itu, Nawaz Sharif, yang kini menjadi ketua pembangkang.

Presiden Pakistan, Presiden Pakistan kini, Presiden Pakistan terkini, Presiden Pakistan terbaru, Presiden Pakistan baru, Presiden Pakistan skandal, gambar Presiden Pakistan, foto Presiden Pakistan, video Presiden Pakistan, biografi Presiden Pakistan, sejarah Presiden Pakistan, web Presiden Pakistan, berita terkini, berita terbaru, berita penting, berita dunia, berita asia