Bekas kekasih saman Soros

Bekas kekasih saman Soros

NEW YORK 12 Ogos – Bekas kekasih penyangak mata wang, George Soros memfailkan saman tuntutan sebanyak AS$10 juta (RM30 juta) terhadap hartawan tersebut kerana ‘gagal memenuhi janji menyediakan apartmen mewah untuknya di New York’.

Menurut saman yang difailkan di Mahkamah Agung New York di Manhattan, Adriana Ferreyr, 28, mendakwa Soros berjanji sebanyak dua kali untuk membelinya apartmen tersebut sepanjang mereka bercinta selama lima tahun tetapi tidak memenuhinya.

Ferreyr yang juga pelakon wanita drama Brazil berkata, Soros berjanji untuk membelinya apartment bernilai hampir AS$2 juta (RM6 juta) yang terletak kira-kira dua blok dari rumah Soros, 81, pada 1 Januari 2010.

Mereka berpisah dua bulan kemudian namun kembali bercinta tetapi Soros memaklumkan pada Ogos 2010 bahawa apartmen itu telah diberikan kepada teman wanitanya yang baru, kata dokumen saman tersebut.

Dokumen itu berkata, tindakan itu menyebabkan mereka bertengkar di mana Soros menampar muka dan cuba mencekik Ferreyr selain melemparkan sebuah lampu ke arahnya namun terkena dinding, menyebabkan kaki wanita itu luka dan memerlukan jahitan.

Bagaimanapun, mereka tetap kembali bercinta dan Soros sekali lagi berjanji akan membeli Ferreyr apartmen ketika mereka bercuti di St. Bart, kata dokumen itu.

Ferreyr menuntut pampasan berjumlah AS$10 juta kerana ditipu, mengalami penderitaan emosi, diserang dan tuntutan lain.

Peguam Soros, William Zabel menyatakan saman itu bersifat remeh-temeh dan tidak wajar serta akan meminta mahkamah membatalkan saman tersebut.

”Soros pernah mempunyai hubungan tidak eksklusif dengan Ferreyr.

”Saman ini berdasarkan tuduhan palsu dan ia jelas merupakan satu cubaan mendapatkan wang daripada anak guam saya,” ujarnya.

 Berita Asia, berita dunia, berita penting, berita terbaru, berita terkini, biodata Hamilton, biografi Hamilton, foto Hamilton, gambar Hamilton, Hamilton, Hamilton baru, Hamilton kini, Hamilton skandal, Hamilton terbaru, Hamilton terkini, sejarah Hamilton, video Hamilton, web Hamilton, soros, saman, bekas, kekasih, bekas kekasih, kekasih saman, saman soros, Ferreyr, pelakon, wanita, drama, Brazil, Soros, berjanji, apartment, bernilai, juta, Mereka berpisah, dua, bulan, kemudian, bercinta, apartmen