Beckham terima layanan buruk

Beckham terima layanan buruk

sl_02.1

Beckham terima layanan buruk

LOS ANGELES – David Beckham menerima layanan buruk daripada peminat Los Angeles Galaxy, malah terpaksa berkonfrontasi dengan peminat yang melompat dari tempat duduk pada babak pertama perlawanan ketika menentang AC Milan dalam aksi persahabatan yang berakhir 2-2, kelmarin.

Bintang tengah England itu, yang terlepas separuh musim Liga Bola Sepak Utama (MLS) Amerika Syarikat, diejek oleh penonton ketika sesi memperkenalkan pemain.

Malah, dia berterusan diejek oleh penonton setiap kali menyentuh bola sepanjang perlawanan.

Kebanyakan peminat Galaxy berang dengan tindakan bekas kapten England itu memanjangkan tempoh pinjamannya bersama AC Milan di Itali dan pulang lewat ke Amerika Syarikat.

Semalam, mereka dilihat memasang kain rentang yang meluahkan rasa marah dan berang, manakala segelintir yang lain pula memegang jersi Beckham sambil memukulnya.

Sebaik Beckham meninggalkan padang pada separuh masa, dia menuju ke arah sekolompok peminat yang memasang kain rentang anti Beckham, dan dilihat menjerit sesuatu kepada mereka.

Tindakannya itu menyebabkan, seorang peminat melompat dari tempat duduk sebelum ditangkap dan diiringi keluar padang oleh pihak keselamatan.

Beckham membuat penampilan pertama bersama Galaxy musim ini ketika membantu pasukan itu menumpaskan New York Red Bulls 3-1 dalam saingan MLS, Khamis lalu.

“Majoriti peminat sangat baik. Hanya ada satu atau dua peminat yang… anda tahulah… ia sudah dijangka. Saya sudah jangka perkara macam ini akan berlaku. Begitupun, kadang kala apa yang berlaku melampaui apa yang anda jangkakan, malam ini beberapa kali ia melampaui batas,” ujar Beckham.

Dalam perlawanan semalam, tandukan lemah Thiago Silva meletakkan AC Milan di depan pada minit ke-16, sebelum Galaxy menyamakan kedudukan menerusi Alan Gordon di minit ke-30. Milan kembali di depan pada minit ke-61, apabila Filippo Inzaghi melepaskan rembatan yang cukup sempurna, namun sekali lagi Galaxy berjaya menyamakan kedudukan, hanya empat minit kemudian menerusi tandukan Bryan Jordan.

Beckham,Beckham berita, Beckham kini, Beckham dunia, Beckham asia,Beckham malaysia, Beckham melayu, Beckham indon, Beckham indonesia, Beckham kl, Beckham foto, Beckham gambar, Beckham bf1, berita dunia, berita majalah, berita baru, berita asia, berita artis, berita hiburan, berita kawan, berita politik, berita-berita, beritakini, beritadunia, beridaasia, beritamalaysia, beritamelayu, beritaindon, beritaindonesia, beritakl, beritafoto, beritagambar, beritaterkini, beritaweb, beritaharian, beritabaru, beritabf1, beritatv, berita8, beritagay, beritapenting, beritabulan, beritakasa, beritaawas, berita2, beritascander, beritajalan, beritamaju, beritasukan, berita kini, berita dunia, berita asia, berita malaysia, berita melayu, berita indon, berita indonesia, berita kl, berita foto, berita gambar, berita terkini, berita web, berita harian, berita baru, berita bf1, berita tv, berita 8, berita gay, berita penting, berita bulan, berita kasa, berita awas, berita scander, berita jalan, berita maju, berita sukan, berita, kini, dunia, asia, malaysia, melayu, indon, indonesia, kl, foto, gambar, terkini, web, harian, baru, bf1