Beckham kecewa kakak disara kerajaan

Beckham kecewa kakak disara kerajaan

Beckham kecewa kakak disara kerajaan

LONDON – Pemain bola sepak terkenal England, David Beckham kecewa apabila mendapati kakak sulungnya, Lynne yang berusia 38 tahun menerima wang saraan bulanan daripada kerajaan sebanyak £68 (RM337), lapor sebuah akhbar semalam.

Beckham yang kini berumur 35 tahun dan mempunyai harta sebanyak £125 juta (RM620 juta) dikatakan sentiasa membantu kakaknya yang berdepan masalah kewangan serius.

Satu sumber berkata: “Beckham tidak tahu Lynne menerima bantuan kewangan. Dia belikan rumah untuk kakak dan anaknya tinggal. Dia juga memberikan wang dan apa jua bantuan yang diperlukan. Justeru, Beckham sangat keliru dan kecewa.”

Kakak Beckham itu yang merupakan ibu tiga orang anak itu kini tinggal bersama teman lelaki, Kevin Briggs yang dikenalinya selama beberapa minggu menerusi laman sosial Facebook. Briggs mempunyai rekod jenayah keganasan.

Beckham membeli rumah empat bilik untuk kakaknya pada harga £250,000 (RM1.24 juta) 12 tahun lalu.

Hubungan Beckham dengan kakaknya yang menganggur itu dingin sejak beberapa tahun lalu. Punca hubungan itu dingin disebabkan Beckham tidak sukakan bekas suami kakaknya, Colin Every.

Pada tahun 1998, Every didapati menjual dadah kokain di rumah yang menjadi tempat tinggal dia bersama kakak Beckham itu. Pasangan itu kini dalam proses bercerai.

Walaupun dilanda masalah keluarga, Beckham yang kini pemain kelab LA Galaxy di Amerika Syarikat (AS) itu tidak kedekut menghulurkan bantuan kewangan kepada ahli keluarganya.

“Satu perkara yang bapa katakan kepada saya ialah jagalah adik-beradik. Itulah yang selalu saya lakukan,” kata Beckham sebelum ini.

Beckham, Beckham kini, Beckham terkini, Beckham terbaru, Beckham baru, Beckham skandal, gambar Beckham, foto Beckham, video Beckham, biodata Beckham, biografi Beckham, sejarah Beckham, web Beckham, berita terkini, berita terbaru, berita penting, berita dunia, berita asia