Beckham diurut tukang urut tua

Beckham diurut tukang urut tua

Beckham diurut tukang urut tua

LOS ANGELES – Seorang pemberita akhbar The Sun menyamar sebagai pelanggan sebuah rumah urut di sini yang mengupah wanita Thailand untuk melakukan urutan selepas bintang bola sepak terkenal, David Beckham berkunjung untuk mendapatkan perkhidmatan mengurut di tempat sama.

Akhbar tersebut melaporkan, Beckham meluangkan masa sejam di tempat itu, di sini, semasa ketiadaan isterinya, Victoria, 36, baru-baru ini.

Beckham berada di bandar raya ini kerana dia bermain dengan kelab bola sepak LA Galaxy.

Bekas ketua pasukan bola sepak England berusia 35 tahun itu dilihat meninggalkan Lamai Thai Massage di Pantai Venice selepas dia membayar £26 (RM124) dan memberi tip sebanyak £20 (RM96.65).

Rumah urut itu mengupah tukang urut yang kebanyakannya terdiri daripada wanita Thai berusia 50 tahun ke atas.

“Satu-satunya wanita cantik di premis itu ialah penyambut tetamunya,” kata wartawan berkenaan.

“Para pelanggan perlu menanggalkan pakaian mereka dan memakai seluar pendek yang diberikan,” tambahnya.

Menurut akhbar The Sun, bintang bola sepak antarabangsa berkenaan terpaksa dipijak oleh seorang tukang urut wanita berkaki ayam seperti yang telah dilakukan terhadap wartawan tersebut.

Beckham, Beckham kini, Beckham terkini, Beckham terbaru, Beckham baru, Beckham skandal, gambar Beckham, foto Beckham, video Beckham, biografi Beckham, sejarah Beckham, web Beckham, berita terkini, berita terbaru, berita penting, berita dunia, berita asia