Beckham berhijrah ke PSG?

Beckham berhijrah ke PSG?

AMERIKA SYARIKAT – Bintang LA Galaxy, David Beckham dilaporkan bersedia untuk berhijrah ke Perancis, namun pada masa yang sama membuat keputsan untuk terus menetap di Los Angeles demi kepentingan anak-anaknya.

Beckham menjadi sasaran kelab Paris St. Germain (PSG) yang kini menjadi milik taikun minyak dari Qatar pada musim panas lalu.

Pemilik baharu itu dikatakan terdesak untuk mendapatkan khidmat bekas pemain Manchester United ini dengan mengumpan kontrak selama 18 bulan bernilai £4 juta (RM19 juta).

Bekas kapten England itu juga cukup mengenali pengurus PSG, Leonardo ketika dia dipinjamkan AC Milan sebe- lum ini.

Jika perpindahan itu menjadi kenya- taan, Beckham menjelaskan bahawa perpindahan itu tidak akan menjejaskan perniagaan isterinya, Victoria di Paris.

Namun, bekas pemain Real Madrid itu menegaskan, beliau tidak terburu- buru untuk membuat sebarang keputusan dan Galaxy telah menawarkan satu kontrak baru sebaik kontrak lama- nya berakhir Disember ini.

Pemain yang berusia 36 tahun itu berkata: “Saya mempunyai hubungan yang baik dengan (pengurus PSG), Leonardo ketika beraksi bersama (AC) Milan. Saya amat berbesar hati apabila beliau berminat untuk mendapatkan khidmat saya.

“Tetapi saya masih lagi merupakan pemain (LA) Galaxy. Saya tinggal di Los Angeles dan saya amat gembira de- ngan kehidupan di sini.

“Keluarga saya adalah keutamaan yang paling penting bagi saya. Selagi mereka bahagia dengan tempat tinggal mereka, saya tidak kisah.

Bintang, LA Galaxy, David Beckham, bersedia, berhijrah, Perancis, menetap, Los, Angeles, kepentingan, anak, anak, Beckham, kelab, Paris St. Germain, (PSG), kini, menjadi, milik, taikun, minyak, Qatar, musim, panas, Leonardo, pinjamkan, AC Milan, sebelum, Jika, perpindahan, perniagaan, isterinya, Victoria, Paris, Galaxy, baru, berita dunia, berita foto, berita gambar, berita gay, berita harian, berita indon, berita indonesia, berita kini, berita kl, berita malaysia, berita melayu, berita penting, berita scander, berita sukan, berita terkini, berita tv, berita web