Bayi kembar Siam berjaya dipisah

Bayi kembar Siam berjaya dipisah

Bayi kembar Siam berjaya dipisah

SAO PAULO 1 April – Satu pasukan perubatan berjaya memisahkan sepasang kembar Siam Brazil yang bercantum di bahagian abdomen semalam dalam satu pembedahan selama 14 jam, namun doktor memberi amaran nyawa bayi itu masih berada dalam bahaya.

“Berhubung pembedahan itu, ia dilaksanakan dengan sempurna. Kami berjaya memisahkan mereka hidup-hidup,” kata pakar bedah Zacharias Calil kepada pemberita di Hospital Ibu dan Kanak-Kanak Goiania, tengah Goias.

Bagaimanapun Calil berkata, keadaan kembar berusia 16 bulan itu masih dalam bahaya sementara organ mereka berusaha menyesuaikan diri dengan pembedahan tersebut, yang melibatkan sekumpulan 40 pakar perubatan.

Para doktor berkata, mereka meletakkan peluang hidup 50-50 kepada kembar itu selepas menjalani pembedahan.

Marie Luiza dan Marie Luana yang bercantum di bahagian abdomen dan pinggul mempunyai tiga kaki selain berkongsi hati, usus, pundi kencing, dubur dan vagina.

Calil berkata, aspek paling sukar semasa pembedahan adalah ketika memisahkan pelvis dan buah pinggang mereka kerana saluran kencing Luiza berada dalam pundi kencing Luana dan sebaliknya.

Tambah beliau, komplikasi lebih teruk dilihat berlaku pada Luana memandangkan bayi itu kini mempunyai hanya satu buah pinggang dan dia mungkin terpaksa menjalani rawatan dialisis esok.

Katanya, kedua-dua kembar itu kini ditempatkan di unit rawatan rapi dan proses pemulihan bergantung kepada fungsi buah pinggang mereka.

Calil berkata, masalah juga mungkin akan berlaku pada satu daripada paru-paru Luiza kerana ia sebelum ini berkongsi ruang dada dengan hati Luana, yang didapati mengandungi dua struktur nyata yang mudah dipisahkan.

Doktor itu berkata, tiga kaki kembar itu yang memanjang ke bawah seperti tulang belakang telah dibuang, sementara otot dan tulang daripada bahagian itu digunakan untuk membentuk bahagian lain badan.

Bayi, Bayi kini, Bayi terkini, Bayi terbaru, Bayi baru, Bayi skandal, gambar Bayi, foto Bayi, video Bayi, biodata Bayi, biografi Bayi, sejarah Bayi, web Bayi,Bayi  berita terkini, Bayi berita terbaru,Bayi  berita penting,Bayi  berita dunia, Bayi berita asia, berita malaysia, berita melayu, berita indon, berita indonesia, berita kl, berita tv, berita Bayi, berita gay, berita artis, berita hiburan, berita sukan, berita ekonomi, berita sains, berita teknologi, berita kesihatan, berita sejarah, berita politik, berita bf1, dunia, asia, malaysia, melayu, indon, indonesia, foto, gambar, terkini, web, Bayi, baru, macam-macam, Bf-1,ekonomi, teknologi