Batista dapat restu Messi

Batista dapat restu Messi

Batista dapat restu Messi

BUENOS AIRES – Jurulatih sementara Argentina, Sergio Batista merasakan dia ‘seperti disapa dengan baik’ oleh Lionel Messi, yang mengetuai pasukannya menang 1- 0 ke atas Ireland pada aksi pertama sebagai pengurus, kelmarin.

Batista pernah menyatakan keinginan untuk mengekalkan tugasnya berasaskan kerja sepenuh masa sehingga Piala Dunia 2014, tidak sahaja pada baki tahun ini dan ia dibantu dengan penilaian cemerlang oleh Messi.

“Kami membiarkan dia dengan tugasnya. Saya pernah bekerja dengannya pada Olimpik 2008. Saya mahu meneruskan hubungan baik dengannya. Hari ini dia adalah seorang jurulatih dan kami menganggapnya sebagai seorang jurulatih kebangsaan, bukan hanya untuk sementara,” kata Messi.

Kemenangan tipis di Dublin itu adalah keputusan yang memang diharapkan oleh Batista, menjelang pertembungan lebih sukar, berdepan juara dunia, Sepanyol di Buenos Aires, awal bulan depan.

Messi gembira apabila menyarung jersi Argentina dua tahun lalu di Beijing, apabila ia menjadi inspirasi negaranya untuk memenangi pingat emas kedua Olimpik berturut-turut dan penyerang Barcelona itu mengakui dia merasai keselesaan yang sama kelmarin.

“Saya suka dengan cara permainan kami, ia sama seperti sistem yang kami gunakan di kelab saya, permainan yang serupa.

“Saya rasa selesa kerana inilah cara kami beraksi di Barcelona,” kata Messi.

‘Checho’ Batista, menerajui bahagian pertahanan Argentina yang memenangi Piala Dunia 1986, menurunkan barisan seimbang termasuk ketua pasukan Javier Mascherano, Fernando Gago, pemain yang terlepas pandang ketika kejohanan di Afrika Selatan dan Ever Banega.

Ketiga-tiga mereka merupakan pemain skuad Olimpik yang dilatih Batista, yang turut menyenaraikan semula penjaring gol pada perlawanan kelmarin, Angel Di Maria dan pemain pertahanan Pablo Zabaleta.

“Kami beraksi sangat baik. Saya amat suka aksi pada babak pertama.

“Selepas 30 minit, saya gembira kerana pemain menguasai bola dan mereka melaksanakan apa yang diarahkan,” kata Batista

Batista, Batista kini, Batista terkini, Batista terbaru, Batista baru, Batista skandal, gambar Batista, foto Batista, video Batista, biodata Batista, biografi Batista, sejarah Batista, web Batista, berita terkini, berita terbaru, berita penting, berita dunia, berita asia