Barcelona hampiri kejuaraan La Liga

Barcelona hampiri kejuaraan La Liga

Barcelona hampiri kejuaraan La Liga

MADRID – Barcelona semakin menghampiri kejuaraan liga Sepanyol selepas menang 3-0 ke atas Deportivo La Coruna di stadium Camp Nou, semalam.

Barcelona kini mengumpul 83 mata, manakala pasukan di tangga kedua Real Madrid 77 mata, sebelum menentang Almeria.

Valencia di tangga ketiga dengan 56 mata, Mallorca keempat, dipisahkan empat mata di belakang.

Penyerang Barcelona berusia 19 tahun, Bojan Krkic membuka jaringan pada minit ke-15, apabila mendapat hantaran Xavi Hernandez di kawasan penalti dan merembat deras untuk jaringan pertama.

Kelab Catalan itu meningkatkan asakan dengan beberapa gerakan pantas sejurus bermula babak kedua, dengan percubaan Lionel Messi terlalu tinggi. Percubaan Pedro Rodriguez juga tersasar beberapa minit kemudian.

Jaringan kedua Barcelona dihasilkan pada minit ke-68, apabila penjaga gol Victor Valdes mengeluarkan bola dari depan pintu gol yang tepat kepada Rodriguez di bahagian tengah.

Rodriguez melepaskan sepakan dari jauh ke arah pertahanan Deportivo dan gagal diselamatkan penjaga gol Daniel Aranzubia.

Pemain tengah, Yaya Toure melengkapkan jaringan apabila dia mendada bola dan merembat dengan kaki kanan, menyebabkan Aranzubia hanya menepis ke penjuru gawang pada minit ke-72.

Dalam lain-lain perlawanan, Walter Pandiani menjaringkan dua gol untuk Osasuna seri 2-2 dengan Malaga, manakala Xerez menang 2-1 ke atas Atletico Madrid.

Racing Santander mengalahkan Espanyol yang beraksi dengan 10 pemain 3-1 dan Zaragoza seri 1-1 dengan Mallorca.

Pandiani membuka jaringan untuk Osasuna apabila melepaskan sepakan voli pada minit ke-10, selepas Javier Camunas menyepak silang.

Malaga menyamakan kedudukan pada minit ke-31, apabila penjaga gol Osasuna, Ricardo Lopez cuba mengeluarkan bola dari kawasan depan gol, namun bola terkena pemain pertahanan Jose Urtasun dan melantun ke kaki Salvador Caicedo, yang menjaringkan gol pembukaan.

Pandiani menjaringkan gol kedua Osasuna pada minit ke-48, selepas mengawal bola dan menyasarkan sepakan yang menperdaya penjaga gol Gustavo Munua.

Namun, pemain tengah Malaga, Nabil Baha melonjak tinggi untuk menanduk deras yang mana ia berjaya ditepis oleh Lopez, namun Baha berjaya melakukan susukan ke atas bola yang terlepas untuk menjadikan kedudukan 2-2 pada minit ke-76.

Barcelona, Barcelona kini, Barcelona terkini, Barcelona terbaru, Barcelona baru, Barcelona skandal, gambar Barcelona, foto Barcelona, video Barcelona, biodata Barcelona, biografi Barcelona, sejarah Barcelona, web Barcelona, berita terkini, berita terbaru, berita penting, berita dunia, berita asia, berita malaysia, berita melayu, berita indon, berita indonesia, berita kl, berita tv, berita harian, berita gay, berita artis, berita hiburan, berita sukan, berita ekonomi, berita sains, berita teknologi, berita kesihatan, berita sejarah, berita politik, berita bf1, dunia, asia, malaysia, melayu, indon, indonesia, foto, gambar, terkini, web, harian, baru, macam-macam, Bf-1,Barcelona, hampiri, kejuaraan, La Liga