Barca mahu cerahkan peluang

Barca mahu cerahkan peluang

PARIS – Juara bertahan, Barcelona mahu peluang mempertahankan trofi Liga Juara-Juara kembali ke landasan hari ini, ketika Arsenal dan AC Milan juga mahu melebarkan kelebihan untuk ke pusingan seterusnya kejohanan bola sepak elit Eropah itu.

Gergasi England, Chelsea yang memulakan kempen dengan kemenangan, boleh menjangkakan tentangan sengit apabila menentang kelab Sepanyol, Valencia di Mestalla.

Barcelona terikat 2-2 dengan juara 2010 AC Milan di Nou Camp dalam perlawanan pembukaan Kumpulan H.

Walaupun menang 5-0 ke atas Atletico Madrid dalam La Liga yang mana Lionel Messi meledak hatrik, jurulatih Pep Guardiola memberi amaran supaya tidak memandang mudah ke atas pasukan lawan apabila kelab Catalan itu berkunjung ke Minsk untuk menentang juara Belarus, FC Bate Borisov.

Kedua-dua pasukan memiliki satu mata dalam Kumpulan H selepas Bate seri dengan juara Republik Czech, FC Viktoria Plzen.

“Kami bukan pasukan yang kebal, mana-mana pasukan boleh mengalahkan kami.

“Begitupun, jika semua perkara berjalan dengan betul, penyokong yang datang menyaksikan perlawanan akan menikmati saat yang menggembirakan, ia amat penting bagi kami.

“Kami beraksi sangat baik ketika menentang Atletico, ia adalah pembelajaran dalam aspek tumpuan. Kami harus melakukan seperti itu sekali lagi. Ayuh kita lihat sama ada kami mampu mengekalkan tahap ini. Tahun ini amat mencabar,” kata Guardiola.

Bos Chelsea, Andre Villas-Boas pula mahu mengorak langkah ke pusingan 16 pasukan terakhir apabila beraksi di Sepanyol bersama Juan Mata, yang hanya baru sebulan meninggalkan Valencia demi menyertai skuad di Stamford Bridge.

Chelsea berada pada kedudukan teratas Kumpulan E selepas menang 2-0 di padang sendiri ke atas Bayer Leverkusen manakala Valencia yang seri dengan kelab Belgium Genk, beraksi di padang lawan mereka di Jerman.

Chelsea, yang mengalahkan Swansea 4-1 hujung minggu lalu, belum kalah dalam enam kunjungan ke Sepanyol sejak 2005 dan kali terakhir menang di Sepanyol 2-1 ke atas Valencia.

Begitupun, Villas-Boas menyedari mereka berdepan tugas sukar di Valencia, walaupun kelab Sepanyol itu seri tanpa jaringan dengan Genk dan kalah dalam aksi La Liga kepada Sevilla hujung minggu lalu.

“Keputusan di Genk memang tidak dijangka. Sukar untuk ke Genk dengan stadium yang sempit. Saya menjangkakan Valencia menang di sana.

“Jika menang di Valencia ia akan meletakkan kami pada kedudukan yang sangat bagus,” kata Villas-Boas.

Barca, mahu, cerahkan, peluang, PARIS, Juara, bertahan, Barcelona, peluang, mempertahankan, trofi, Liga, Juara, kembali, landasan, hari, Arsenal, AC Milan, melebarkan, kelebihan, pusingan, seterus, kejohanan, bola, sepak, elit, Eropah, Berita Asia, berita baru, berita dunia, berita harian, berita hiburan, berita indon, berita indonesia, berita kawan, berita kini, berita majalah, berita malaysia, berita politik, Barca, Barca asia, Barca baru, Barca berita, Barca bf1, Barca dunia, Barca ekonomi, Barca foto, Barca gambar, Barca indon, Barca indonesia, Barca kini, Barca kl, Barca malaysia, Barca melayu, Barca terkini, Barca web, teknologi Barca