Barack Obama disergah anak bongsu

Barack Obama disergah anak bongsu

du_07.1

Barack Obama disergah anak bongsu

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama disergah anak bongsunya yang berusia lapan tahun, Sasha, ketika sedang bekerja di pejabat rasminya di Oval Office di bangunan White House di sini.

Ragam dua beranak itu mendapat liputan media AS semalam di mana Obama dan isterinya Michelle berkata, mereka dapat menikmati lebih banyak masa bersama keluarga sejak berpindah ke Washington awal tahun ini.

Gambar tersebut yang dirakam oleh jurugambar rasmi White House, menunjukkan Sasha bersembunyi di sebalik sofa untuk memberi kejutan kepada presiden AS itu.

Adegan melucukan anak-beranak itu merupakan rakaman terbaru bagi memenuhi hasrat keluarga Obama untuk mendokumentasi kehidupan mereka di White House yang turut memberi gambaran di sebalik tabir kepada orang ramai.

Sebelum ini, sorotan serupa pernah disiar ketika zaman pentadbiran Presiden John F. Kennedy.

Gambar di Oval Office pada tahun 1968 itu menunjukkan anak lelaki Kennedy, John Kennedy Jr. bermain di bawah meja presiden iaitu Meja Resolute ketika bapanya sibuk bekerja di situ. – Agensi

Walaupun tidak segan bergambar, keluarga Obama bersikap tertutup dan tidak mahu anak-anak mereka menjadi mangsa pencerobohan lensa media.

Pendirian tersebut jelas ketika mereka bercuti di pulau Martha’s Vineyard apabila kumpulan jurugambar dilarang merakam gambar anak-anak sepanjang lawatan tidak rasmi itu.

obama, obama kini, obama terkini, obama terbaru, obama baru, obama skandal, gambar obama, foto obama, video obama, biodata obama, biografi obama, sejarah obama, web obama, berita terkini, berita terbaru, berita penting, berita dunia, berita asia, berita malaysia, berita melayu, berita indon, berita indonesia, berita kl, berita tv, berita harian, berita gay, berita artis, berita hiburan, berita sukan, berita ekonomi, berita sains, berita teknologi, berita kesihatan, berita sejarah, berita politik, berita bf1, dunia, asia, malaysia, melayu, indon, indonesia, foto, gambar, terkini, web, harian, baru, macam-macam, Bf-1, Obama, Barack Obama