Bapa miliki jantung plastik pertama di Britain

Bapa miliki jantung plastik pertama di Britain

CAMBRIDGE – Seorang bapa, Matthew Green yang berusia 40 tahun menjadi lelaki Britain pertama yang hidup tanpa jantung manusia asli, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Green pulang ke rumahnya kelmarin selepas dia menjalani pembedahan untuk memasukkan jantung plastik di Hospital Papworth dekat sini.

Jantung plastiknya itu berfungsi menerusi kuasa yang dibekalkan daripada sebuah mesin.

Namun, mesin itu yang terdapat di dalam sebuah beg perlu dibawanya pada setiap hari tetapi ia amat ringan.

Mesin itu mengandungi saluran tiub yang disambungkan ke jantung plastik Green.

Jantung asli Green digantikan selepas dua injap jantungnya gagal berfungsi.

Dia mempunyai seorang isteri, Gill dan seorang anak berusia lima tahun, Dylan.

Namun, jantung plastik itu tidak direka untuk digunakan bagi tempoh yang lama.

Green akan menggunakan jantung palsu itu sehingga dia menerima jantung manusia yang didermakan orang lain kepadanya.

Bapa miliki, Bapa miliki berita, Bapa miliki kini, Bapa miliki dunia, Bapa miliki foto, Bapa miliki gambar, Bapa miliki bf1, berita dunia, berita majalah, berita baru, berita asia, berita artis, berita hiburan, berita kawan, berita politik, berita-berita, berita antarabangsa, Bapa, miliki, jantung, plastik, pertama, Britain