Balotelli akui tak suka Manchester

Balotelli akui tak suka Manchester

DUBLIN – Mario Balotelli mengakui dia tidak suka kehidupan di Manchester dan mendakwa merindui tanah airnya selepas setahun berhijrah ke Manchester City dari Inter Milan.

Kenyataan itu merupakan satu tamparan kepada majikannya memandangkan ketua pasukan Carlos Tevez juga berhasrat meninggalkan juara Piala FA itu dengan alasan rindukan keluarga.

Balotelli, 20, menandatangani perjanjian selama lima tahundengan City tahun lalu.

“Saya tidak gembira di Manchester, saya tidak sukakan bandar raya ini. Ia bukan cita rasa saya.

“Saya gembira dengan jurulatih dan pasukan ini, tetapi saya sedar bukan semuanya boleh dimiliki dalam hidup ini.

“Saya tidak pasti sama ada saya akan menetap sehingga penghujung kontrak.

“Saya masih berada di sini buat masa ini, kita lihat nanti.

“Saya tidak rindukan Milan, Saya rindukan Brescia, rumah saya.

“Saya rindukan keluarga dan sahabat, namun saya fikir pengalaman hidup di England akan membantu saya membesar sebagai individu,” katanya.

Balotelli tidak pernah menyembunyikan niatnya untuk kembali ke Milan dan beraksi sama ada untuk AC atau Inter.

“Milan ialah pasukan yang hebat dan satu hari nanti, siapa tahu?

“Kamu tidak boleh cakap apa yang akan berlaku. Kembali ke Inter? Kita akan lihat.

“Untuk sekarang, saya bermain di Manchester,” jelasnya

Balotelli, berita sukan, berita teknologi, berita terbaru, berita terkini, berita tv, dunia, terkini,manchester, balotelli, online, suka, akui, balotelli akui, akui suka, suka manchester, sukan, luar, negara, luar negara, malaysia, sukan luar, utusan malaysia, utama, negeri, dalam negeri, Balotelli foto,Balotelli gambar, Balotelli galeri, Balotelli profil, Inter Milan, Manchester City, Piala FA, England