Ballack kekal kapten Jerman

Ballack kekal kapten Jerman

Ballack kekal kapten Jerman

BERLIN – Jurulatih Jerman, Joachim Loew memutuskan pemain tengah veteran, Michael Ballack kekal sebagai ketua pasukan pilihan pertama, sekalipun dia diketepikan daripada dua perlawanan kelayakan Kejohanan Eropah (Euro) 2012, lapor akhbar tempatan, Bild, semalam.

“Ketika ini, kami mempunyai Bastian Schweinsteiger dan Sami Khedira beraksi di posisi tengah, namun apabila Michael kembali dan berada dalam pasukan, dia juga akan menjadi kapten.

Kalau Michael tidak bermain, barulah Philipp (Lahm) akan bertindak sebagai kapten,” kata Loew.

Ballack, 33, digugurkan daripada dua perlawanan pertama kelayakan menentang Belgium, Jumaat ini dan Azerbaijan di tempat sendiri, empat hari kemudian.

Dia masih dalam proses pemulihan selepas mengalami kecederaan buku lali yang menyebabkan dia tersingkir daripada Piala Dunia.

Pemain pertahanan Bayern Munich, Lahm, 26, menggalas tugas kapten Jerman ketika pasukan itu membelasah England 4-1 dan Argentina 4-0 dalam kempen Piala Dunia di Afrika Selatan sebelum kalah kepada juara dunia, Sepanyol di separuh akhir.

Ballack, yang kini kembali ke liga Jerman dan beraksi untuk Bayern Leverkusen, mempunyai sejarah pernah bertelingkah dengan pemain lain, malah pernah bertelagah dengan Loew.

Bagaimanapun, semuanya tidak berjalan lancar sekembalinya Ballack ke Bundesliga.

Bayer Leverkusen dikalahkan 3-6 oleh Moenchengladbach dan Ballack diejek oleh penonton apabila digantikan pada separuh masa.

Ballack, Ballack kini, Ballack terkini, Ballack terbaru, Ballack baru, Ballack skandal, gambar Ballack, foto Ballack, video Ballack, biodata Ballack, biografi Ballack, sejarah Ballack, web Ballack, berita terkini, berita terbaru, berita penting, berita dunia, berita asia