Bahan letupan ditemui di dua pantai Israel

Bahan letupan ditemui di dua pantai Israel

Bahan letupan ditemui di dua pantai Israel

BAITULMAQDIS – Sekurang-kurangnya tiga bahan letupan dijumpai di dua pantai Israel semalam yang dianggap sebagai percubaan pejuang-pejuang Palestin di Genting Gaza untuk menyerang negara Yahudi itu.

Kelmarin, pasukan pemusnah bom meletupkan salah satu bahan letupan itu di pantai Mediterranean di bandar Ashkelon, selatan Israel.

Dua lagi bahan letupan ditemui di pantai utara di bandar Ashdod.

“Bahan-bahan itu bertujuan untuk digunakan dalam serangan di Israel,” kata jurucakap polis, Micky Rosenfeld yang enggan memberikan sebarang butiran lanjut.

Bekas komander tentera laut Israel, Avraham Ben Shushan menyatakan bahan letupan itu mungkin periuk api untuk menyerang kapal-kapal laut Israel yang melakukan sekatan ke atas Genting Gaza, wilayah yang dikuasai Hamas.

“Terdapat beberapa percubaan untuk menyerang kapal-kapal Israel sebelum ini.

“Bagi saya, bahan letupan itu terapung sehingga ke pantai selepas ia tidak meletup di laut,” kata Ben Sushan kepada stesen radio milik tentera.

Polis Israel menutup pantai-pantai berhampiran Genting Gaza selain mengarahkan kapal-kapal nelayan di kawasan itu berada di pelabuhan selepas bahan letupan tersebut ditemui. Setakat ini tidak ada sebarang komen yang dibuat oleh kumpulan-kumpulan pejuang di Genting Gaza berhubung penemuan beberapa bahan letupan itu.

Bahan, Bahan berita, Bahan kini, Bahan dunia, Bahan asia, Bahan malaysia, Bahan melayu, Bahan indon, Bahan indonesia, Bahan kl, Bahan foto, Bahan gambar, Bahan terkini, Bahan web, Bahan harian, Bahan baru, Bahan bf1, beritabf1, berita bf1, berita kini, beritakini, berita malaysia, berita indon, berita indonesia, berita dunia, berita harian, berita majalah, berita baru, berita asia, berita artis, berita hiburan, berita kawan, berita politik,teknologi bahan,dan bahan,bahan kimia,