Aset Thaksin RM4.7b akan dirampas

Aset Thaksin RM4.7b akan dirampas

Aset Thaksin RM4.7b akan dirampas

BANGKOK – Mahkamah Agung Thailand semalam mengumumkan bahawa ia akan merampas sebanyak 46 billion baht (RM4.7 bilion) aset milik Thaksin Shinawatra yang dibekukan iaitu lebih separuh daripada kekayaan bekas perdana menteri berkenaan.

Kerajaan Thai telah membekukan sebanyak 76.6 bilion baht (RM7.8 bilion) aset milik Thaksin dan keluarganya sejak beliau digulingkan dalam satu rampasan kuasa empat tahun lalu.

Bagaimanapun, panel sembilan hakim mahkamah tertinggi Thailand itu sebulat suara memutuskan bahawa Thaksin boleh menyimpan baki kekayaannya berjumlah 30.2 billion baht (RM3.1 bilion) yang diperoleh sebelum beliau menjadi Perdana Menteri pada 2001.

“Tidak adil untuk merampas semua kekayaan Thaksin,” kata keputusan mahkamah tersebut yang disiarkan di televisyen dan radio Thailand.

Kawalan keselamatan di sekitar bangunan mahkamah berkenaan amat ketat manakala panel hakim itu mengambil masa tujuh jam setengah membaca keputusan terhadap Thaksin dan keluarganya.

Keputusan mahkamah itu menyusul setelah kerajaan Thai memohon untuk merampas semua perolehan daripada penjualan saham milik Thaksin dan keluarganya kepada firma telekomunikasi Singapura, Temasek Holding.

Dalam keputusannya, mahkamah sama menyatakan bahawa Thaksin menyalahguna kuasa bagi menguntungkan syarikat telekomunikasi Shin Corp miliknya menerusi penjualan saham kepada Temasek.

Keputusan mahkamah membenarkan Thaksin menyimpan sebahagian kekayaannya itu dilihat sebagai tolak ansur dan jalan tengah bagi meredakan ketegangan di Thailand.

Ia berikutan bekas perdana menteri itu masih mempunyai ramai penyokong di negaranya terutamanya penduduk miskin di bandar dan luar bandar.

Sementara itu, Thaksin dalam ucapan video dari Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) berkata, keputusan mahkamah itu bermotifkan politik dan merupakan jenaka kepada masyarakat dunia.

“Mahkamah kali ini diperguna untuk memusnahkan seorang pemimpin politik (dirinya),” kata Thaksin.

Beliau kini tinggal dalam buangan di Dubai bagi mengelak hukuman penjara dua tahun kerana menyalah gunakan kuasanya untuk satu kepentingan oleh sebuah mahkamah Thailand tanpa kehadirannya pada 2008.

Aset Thaksin, Aset Thaksin kini, Aset Thaksin terkini, Aset Thaksin terbaru, Aset Thaksin baru, Aset Thaksin skandal, gambar Aset Thaksin, foto Aset Thaksin, video Aset Thaksin, biodata Aset Thaksin, biografi Aset Thaksin, sejarah Aset Thaksin, web Aset Thaksin, berita terkini, berita terbaru, berita penting, berita dunia, berita asia, berita malaysia, berita melayu, berita indon, berita indonesia, berita kl, berita tv, berita Aset Thaksinan, berita gay, berita artis, berita hiburan, berita sukan, berita ekonomi, berita sains, berita teknologi, berita kesihatan, berita sejarah, berita politik, berita bf1, dunia, asia, malaysia, melayu, indon, indonesia, foto, gambar, terkini, web, Aset Thaksin, baru, macam-macam, Bf-1,ekonomi, teknologi,