Asean tak singkir keahlian Myanmar

Asean tak singkir keahlian Myanmar

mainpix

Asean tak singkir keahlian Myanmar

Thailand perjelas sebab tolak syor Amerika Setiausaha Negara Hillary

BANGKOK: Asean tidak akan menimbang untuk menyingkirkan Myanmar sebagai ahlinya atas sebab penahanan pemimpin prodemokrasi Aung San Suu Kyi, sekali gus menolak gesaan Amerika Syarikat.

Setiausaha Negara Amerika, Hillary Clinton, memberitahu televisyen Thailand kelmarin bahawa blok serantau itu perlu mengkaji menyingkirkan rejim tentera itu jika Yangon tidak membebaskan pemenang anugerah Nobel yang kini dibicarakan.

Namun, Perdana Menteri, Abhisit Vejjajiva yang bercakap sebagai pengerusi terkini kumpulan 10 negara itu menekankan: “Walaupun Asean dan Barat mempunyai matlamat sama, kita tidak boleh melaksanakan dasar sama.”

“Tiada alasan yang kukuh untuk melakukannya (mengusir Myanmar). Kami sudah lakukan apa yang wajar berdasarkan mekanisme Asean,” kata Abhisit merujuk kepada kenyataan umum kumpulan itu melahirkan kebimbangan ke atas penahanan Suu Kyi.

“Jika Myanmar disingkirkan, ia akan memencilkan lagi rejim itu dan adakah itu menyelesaikan masalah?”

Myanmar yang mencetuskan masalah kepada Asean sejak ia menyertai blok itu pada 1997, baru-baru ini mencetuskan kemarahan dengan membicarakan Suu Kyi selepas seorang lelaki Amerika, John Yettaw, berenang ke rumahnya di tepi tasik, tanpa dipelawa.

Junta Myanmar tidak mengendahkan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Ban Ki-moon awal bulan ini dengan menolak untuk membenarkannya melawat Suu Kyi di penjara Insein.

Presiden Amerika, Barack Obama pula menyifatkan prosiding mahkamah sebagai satu sandiwara.

Ikon demokrasi itu menghabiskan 13 daripada 19 tahun lalu dalam tahanan rumah sejak junta enggan mengiktiraf kemenangan besar Liga Demokrasi Nasional pimpinannya pada 1990.

Perbicaraan yang mendapat kecaman meluas antarabangsa diadakan secara tertutup dan pengkritik mendakwa perbicaraan itu bagi memastikan Suu Kyi ditahan sebelum pilihan raya tahun depan.

Abhisit menolak sekatan ke atas Myanmar seperti yang dilakukan Amerika dan Kesatuan Eropah.

“Kami akan meneruskan dasar rundingan membina dan berharap Amerika akan faham,” katanya.

Asean tak singkir,Asean tak singkir berita, Asean tak singkir kini, Asean tak singkir dunia, Asean tak singkir asia,Asean tak singkir malaysia, Asean tak singkir melayu, Asean tak singkir indon, Asean tak singkir indonesia, Asean tak singkir kl, Asean tak singkir foto, Asean tak singkir gambar, Asean tak singkir bf1, berita dunia, berita majalah, berita baru, berita asia, berita artis, berita hiburan, berita kawan, berita politik, berita-berita, beritakini, beritadunia, beridaasia, beritamalaysia, beritamelayu, beritaindon, beritaindonesia, beritakl, beritafoto, beritagambar, beritaterkini, beritaweb, beritaharian, beritabaru, beritabf1, beritatv, berita8, beritagay, beritapenting, beritabulan, beritakasa, beritaawas, berita2, beritascander, beritajalan, beritamaju, beritasukan, berita kini, berita dunia, berita asia, berita malaysia, berita melayu, berita indon, berita indonesia, berita kl, berita foto, berita gambar, berita terkini, berita web, berita harian, berita baru, berita bf1, berita tv, berita 8, berita gay, berita penting, berita bulan, berita kasa, berita awas, berita scander, berita jalan, berita maju, berita sukan, berita, kini, dunia, asia, malaysia, melayu, indon, indonesia, kl, foto, gambar, terkini, web, harian, baru, bf1