AS teruskan usaha rundingan damai

AS teruskan usaha rundingan damai

AS teruskan usaha rundingan damai

BAITULMAQDIS 22 Jan. – Utusan khas Washington ke Asia Barat melancarkan usaha baru bertujuan menghidupkan semula rundingan damai Israel-Palestin, tidak lama selepas Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama meluahkan rasa pesimis terhadap prospek kedamaian.

Misi George Mitchell bertambah sukar apabila Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menyuarakan desakan baru yang mana tentera Yahudi perlu terus berada di Tebing Barat untuk menghalang penyeludupan senjata, walaupun selepas pembentukan negara Palestin.

Mitchell bertemu dengan Netanyahu malam tadi, yang mana pejabat beliau mengeluarkan kenyataan ringkas menyatakan mereka membincangkan cara menggerakkan proses damai dan perhubungan akan diteruskan.

Ketika Mitchell memulakan misi, ‘majikan’ beliau, Obama mengakui telah melampaui batas kemampuannya di Asia Barat.

Dalam wawancara dengan majalah Time yang diterbitkan semalam, Obama menyatakan konflik dalaman menyulitkan rundingan antara Palestin dan Israel untuk dimulakan semula.

“Saya juga merasakan kami telah membuat anggaran berlebihan terhadap kemampuan kami memujuk mereka berunding sedangkan politik kedua-dua pihak menuju ke arah berlawanan,” ujarnya lagi.

Katanya, Israel mempunyai kesukaran untuk mengambil langkah berani manakala Presiden Palestin, Mahmoud Abbas sentiasa ‘diperhatikan’ oleh Hamas.

Obama mengakui langkah yang diambil tahun ini tidak membuahkan hasil yang dimahukan dan sekiranya masalah politik kedua-dua belah pihak dijangka lebih awal, mungkin harapan tidak diletakkan terlalu tinggi.

Mitchell dijadual bertemu dengan pegawai Palestin di Tebing Barat hari ini.

Beliau telah berusaha selama setahun namun masih gagal memujuk kedua-dua pihak kembali ke meja rundingan, ditambah dengan desakan baru Netanyahu yang menyulitkan keadaan.

Desakan itu ditolak oleh pembantu Abbas, Nabil Abu Rdeneh yang menyatakan kepimpinan Palestin tidak akan menerima kehadiran seorang pun askar Israel di tanah Palestin sebaik penjajahan Yahudi tamat.

AS teruskan, AS teruskan kini, AS teruskan terkini, AS teruskan terbaru, AS teruskan baru, AS teruskan AS teruskan, gambar AS teruskan, foto AS teruskan, video AS teruskan, biodata AS teruskan, biografi AS teruskan, sejarah AS teruskan, web AS teruskan, AS teruskan terkini, AS teruskan terbaru, AS teruskan penting, AS teruskan dunia, AS teruskan AS teruskan, AS teruskan malaysia, AS teruskan melayu, AS teruskan indon, AS teruskan indonesia, AS teruskan kl, AS teruskan tv, AS teruskan AS teruskan, AS teruskan gay, AS teruskan artis, AS teruskan hiburan, AS teruskan sukan, AS teruskan ekonomi, AS teruskan sains, AS teruskan teknologi, AS teruskan kesihatan, AS teruskan sejarah, AS teruskan politik, AS teruskan bf1, dunia, AS teruskan, malaysia, melayu, indon, indonesia, foto, gambar, terkini, web, Dolaran, baru, macam-macam, sukan, teknologi, ekonomi