Arsenal mahu benam United untuk hidup peluang juarai liga

Arsenal mahu benam United untuk hidup peluang juarai liga

Arsenal mahu benam United untuk hidup peluang juarai liga

BIRMINGHAM, England – Jurulatih Arsenal, Arsene Wenger mengakui pasukannya perlu memenangi perlawanan penting menentang Manchester United, Ahad ini untuk menghidupkan peluang merampas kejuaraan bola sepak Liga Perdana England.

Bagaimanapun kecederaan yang dialami dua tonggak utama, Thomas Vermaelen dan Eduardo mencetuskan kebimbangan bos Gunners itu menjelang perlawanan tersebut.

Masalah kecederaan yang dialami kedua-dua pemain mungkin merencatkan hasrat Arsenal untuk mengatasi United.

Wenger sedar, kejayaan mengatasi skuad Sir Alex Ferguson di Stadium Emirates, merupakan sesuatu yang amat berharga selepas pasukan bimbingannya itu sekadar seri tanpa jaringan di Aston Villa, kelmarin.

Keputusan seri menghalang mereka daripada terus menambah tekanan kepada pendahulu liga, Chelsea.

Arsenal kini di menduduki tangga ketiga liga, ketinggalan dua mata di belakang pendahulu liga, Chelsea dan satu mata dibezakan dengan United.

Chelsea, bagaimanapun masih kurang satu perlawanan.

Tugas menumpaskan penyandang juara, United hujung minggu ini, dilihat sukar dengan kecederaan yang melanda pemain pertahanan Belgium, Vermaelen dan penyerang Croatia, Eduardo.

Vermaelen akan menjalani pemeriksaan hari ini selepas dipercayai mengalami keretakan di bahagian tulang betis, dan mungkin direhatkan beberapa minggu.

Sementara Eduardo dijangka terlepas pertemuan menentang Unitedakibat cedera hamstring.

“Kami mahu prestasi baik ketika ini diteruskan. Setakat ini apa yang kami lalui sangat menyakinkan.

”Jika anda membuat penilaian terhadap semua perlawanan, jelas pasukan ini masih mengekalkan momentum positif.

“Begitupun kami perlu mencatat kemenangan pada setiap perlawanan kerana setiap kali Chelsea menang, kami akan terus ketinggalan dengan dua mata.

“Kami mahu memenangi perlawanan berikutnya iaitu menentang Manchester United di gelanggang sendiri.

”Kami perlu mengambil perlawanan satu demi satu, jika, kami memandang terlalu jauh ke depan, ia tidak berapa bagus.

“Apakah situasi ini akan meningkatkan tekanan kepada kami sekiranya gagal mencatat kemenangan ? Tekanan memang sudah sedia wujud… kami tidak bimbang.

“Apa penting sekarang adalah fokus untuk memenangi perlawanan di tempat sendiri sambil berharap pasukan kami tidak lagi dibelenggu masalah kecederaan yang teruk,” kata Wenger

Arsenal, Arsenal kini, Arsenal blog, Arsenal terbaru, Arsenal baru, Arsenal berita, gambar Arsenal, foto Arsenal, video Arsenal, biodata Arsenal, biografi Arsenal, sejarah Arsenal, web Arsenal, Arsenal terkini, Arsenal terbaru, Arsenal penting, Arsenal dunia, Arsenal Arsenal, Arsenal malaysia, Arsenal melayu, Arsenal indon, Arsenal indonesia, Arsenal kl, Arsenal tv,, Arsenal gay, Arsenal artis, Arsenal hiburan, Arsenal sukan, Arsenal ekonomi, Arsenal sains, Arsenal teknologi, Arsenal kesihatan, Arsenal sejarah, Arsenal politik, Arsenal bf1, dunia, Arsenal, malaysia, melayu, indon, indonesia, foto, gambar, terkini, web, Dolaran, baru, macam-macam, sukan, teknologi, ekonomi