Arsenal bedil Manchester City

Arsenal bedil Manchester City

Arsenal bedil Manchester City

LONDON – Arsenal memanfaatkan sepenuh peluang beraksi di depan 10 pemain Manchester City apabila mencatat kemenangan selesa 3-0 di padang lawan untuk kembali melonjak ke tangga kedua bola sepak Liga Perdana England, semalam.

City yang kehilangan tonggak pertahanan, Dedryck Boyata seawal minit kelima, dihukum oleh tiga jaringan Gunners yang diketuai Samir Nasri pada minit ke-20, Alex Song (66) dan Nicklas Bendtner, dua minit sebelum tamat perlawanan.

Namun tumpuan utama peminat bola sepak England semalam pastinya kepada dua gol Javier Hernandez yang membantu Manchester United menundukkan Stoke City 2-1 di Stadium Britannia.

Keupayaan Hernandez itu membuktikan United tidak terlalu bergantung kepada penyerang utamanya, Wayne Rooney yang mencetus kontroversi.

Di Anfield, tekanan yang dirasai pengurus Liverpool, Roy Hodgson sedikit kendur selepas pasukannya melakar kemenangan 2-1 ke atas Blackburn untuk kembali memulihkan keyakinan.

Paling menjadi tumpuan adalah bintang penyerang Sepanyol, Fernando Torres yang meledakkan gol pertama dalam enam perlawanan untuk memberi kemenangan buat Reds.

Terdahulu, pemain pertahanan, Sotirios Kyrgiakos meletakkan Liverpool di depan pada minit ke-48, namun gol sendiri Paul Konchesky menyamakan kedudukan 1-1.

Pada perlawanan di Stoke, tandukan akrobatik penyerang muda Mexico, Hernandez, empat minit sebelum tamat permainan memastikan United mencatat kemenangan pertama di gelanggang lawan musim ini, sekali gus menamatkan minggu penuh kontroversi mereka selepas diselubungi isu perpindahan Rooney.

Rooney, yang pada mulanya mengancam untuk meninggalkan Old Trafford akhirnya membuat pusingan-U dan bersetuju untuk menyambung kontrak lima tahun yang menyaksikan dia menerima kenaikan gaji 150,000 pound (RM732,930) seminggu.

Bagaimanapun, penyerang England itu diketepikan daripada perlawanan menentang Stoke kerana kecederaan buku lali, namun ada laporan mengatakan bahawa dia sebenarnya berada di Dubai untuk menyambut hari jadi ke-25.

Walaupun apa pun situasi Rooney, ketiadaannya semalam nyata tidak memberi kesan kepada pasukan, apabila dua jaringan cantik Hernandez cukup untuk mencuri tumpuan dan memastikan anak-anak buah Alex Ferguson mengutip tiga mata berharga.

Kemenangan membolehkan United terus menghambat pendahulu, Chelsea yang dipisahkan dengan lima mata. Daripada sembilan perlawanan, Chelsea kini mengungguli liga dengan 22 mata, manakala United 17.

Dalam perlawanan semalam, Hernandez meletakkan United di depan pada minit ke-27 menerusi tandukan cantik ke belakang. Jaringan berpunca daripada hantaran silang cantik oleh Nani dari sebelah kanan, sebelum disambut Rio Ferdinand, yang menghantar bola tepat kepada Hernandez dan menewaskan Thomas Sorensen.

Bagaimanapun pemain gantian, Tuncay Sanli mengejutkan pasukan pelawat dengan menjaringkan gol penyamaan buat Stoke pada minit ke-81; gol pertama pasukan itu daripada lima pertemuan menentang United dalam aksi Liga Perdana.

Jaringan tersebut nyata memberi tamparan kepada United yang terdesak untuk mencari kemenangan bagi mengembalikan status sebagai pencabar utama kejuaraan, dan Hernandez menunjukkan tindak balas pantas apabila menyumbat gol kemenangan pasukannya ketika saingan hanya tinggal empat minit sebelum tamat permainan.

Kemenangan ini cukup melegakan peminat United, yang sebelum ini membuat protes dengan keputusan Rooney. Bantahan itu ditunjukkan mereka pada perlawanan Liga Juara-Juara menentang Bursaspor, pertengahan minggu lalu.

Arsenal, Arsenal kini, Arsenal terkini, Arsenal terbaru, Arsenal baru, Arsenal skandal, gambar Arsenal, foto Arsenal, video  Arsenal, biografi Arsenal, sejarah Arsenal, web Arsenal, berita terkini, berita terbaru, berita penting, berita dunia, berita asia