Ariel-Tari tonton video porno malam pertama Ramadan

Ariel-Tari tonton video porno malam pertama Ramadan

Ariel-Tari tonton video porno malam pertama Ramadan

JAKARTA 12 Ogos – Buat kali pertama sejak kes video lucah dilaporkan media Jun lalu, dua suspek utama, Ariel Peterpan dan bekas kekasihnya, Cut Tari, dipertemukan di Ibu Pejabat Polis Jakarta malam tadi.

Kedua-dua selebriti itu diminta menonton video lucah mereka pada pertemuan tersebut, yang merupakan hari pertama Ramadan.

Bagaimanapun, kehadiran Cut Tari di Ibu Pejabat Polis Jakarta, tidak diketahui media.

“Memang ada pertemuan antara Ariel dengan Cut Tari,” kata sumber ibu pejabat polis tersebut, hari ini.

Peguam Cut Tari, Hotman Paris Hutapea, hari ini turut mengesahkan pertemuan tersebut, namun tidak menyatakan butiran lanjut.

Beliau berkata, selepas dipertontonkan video lucah tersebut, Ariel tetap tidak mengaku dia ialah individu terlibat, berbeza dengan Cut Tari yang mengakuinya.

Sumber polis berkata, Ariel juga akan dipertemukan dengan kekasihnya, Luna Maya, tetapi tarikhnya masih belum ditentukan.

Sementara itu, Cut Tari ketika ditemui pemberita hari ini berkata, dia sedih dengan tindakan Ariel yang juga mengaku tidak pernah mempunyai perasaan terhadapnya.

“Jika Ariel merasakan dia bukan individu dalam video itu dan tidak pernah mempunyai perasaan terhadap saya, itu hak dia, tetapi saya sangat sedih,” kata bekas pengacara rancangan ‘Insert’ itu.

Hotman dalam pada itu menyifatkan, penyanyi utama kumpulan Peterpan tersebut telah merendahkan martabat wanita selain tidak serius menjalani soal siasat polis.

Ariel-Tari, Ariel-Tari kini, Ariel-Tari terkini, Ariel-Tari terbaru, Ariel-Tari baru, Ariel-Tari skandal, gambar Ariel-Tari, foto Ariel-Tari, video Ariel-Tari, biodata Ariel-Tari, biografi Ariel-Tari, sejarah Ariel-Tari, web Ariel-Tari, berita terkini, berita terbaru, berita penting, berita dunia, berita asia