Argentina uji Sepanyol

Argentina uji Sepanyol

Argentina uji Sepanyol

BUENOS AIRES – Argentina berharap pertemuan dalam perlawanan persahabatan dengan juara dunia, Sepanyol akan dapat menguji kemampuan mereka, esok.

Jurulatih baru Argentina, Sergio Batista yang menggantikan Diego Maradona bersedia untuk membuat perubahan bagi menentang Sepanyol yang memenangi Piala Dunia edisi Afrika Selatan pada Julai lepas.

Batista merupakan pemain yang bermain bersama Maradona ketika memenangi Piala Dunia 1986, mengambil alih tempat Maradona selepas disingkirkan Jerman di suku akhir Piala Dunia lepas.

“Kedua-dua pasukan mempunyai barisan pemain yang bagus dan mempunyai bahagian serangan yang hampir serupa.

“Corak permainan adalah serupa dan Argentina boleh bermain seperti Sepanyol,” kata Batista kepada media di pusat latihan minggu lepas.

Pemain tengah Inter Milan, Esteban Cambiasso dipanggil semula Batista selepas dipinggirkan Maradona, berkata, jurulatih mahu kami mempunyai keupayaan yang sama dengan Sepanyol iaitu menguasai bola selama boleh.

“Kami perlu mencubanya dan kami mempunyai pemain yang mampu melakukannya untuk bermain seperti Sepanyol,” kata pemain Inter itu.

Batista juga dilihat memberi peranan kepada Andres D’Alessandro untuk mengemudi pasukan selepas menjadi inspirasi buat kelabnya, Internacional memenangi Piala Libertadores dan bermain kembali untuk Argentina buat kali pertama dalam tempoh lima tahun.

Maradona menggantikan Juan Roman Riquelme dengan Juan Sebastian Veron untuk menjadi perancang di bahagian tengah pada Piala Dunia Afrika Selatan, namun Veron hanya diletakkan di bangku simpanan ketika tewas kepada Jerman.

Sepanyol dan Argentina bertemu buat pertama kali pada Piala Dunia 1978 dan sebelum itu berjumpa di perlawanan persahabatan yang berkesudahan seri 1-1.

Kedua-dua pasukan bertemu November lepas di Madrid dan Sepanyol berjaya menewaskan Argentina 2-1 selepas pergerakan dikawal ketat.

“Kami mempunyai beberapa pemain yang mengetahui dia (Messi) dengan baik tetapi semakin banyak dia dikawal, di mampu untuk mencari penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi.

Argentina, Argentina kini, Argentina terkini, Argentina terbaru, Argentina baru, Argentina skandal, gambar Argentina, foto Argentina, video Argentina, biografi Argentina, sejarah Argentina, web Argentina, berita terkini, berita terbaru, berita penting, berita dunia, berita asia