Api merebak ke selatan Eropah

Api merebak ke selatan Eropah

lu_04.1

Api merebak ke selatan Eropah

ROME 26 Julai – Kebakaran hutan yang berpunca daripada ledakan meriam semasa latihan tentera Perancis di Marseille pada Rabu lalu telah memusnahkan hampir seluruh hidupan liar yang mendiami hutan di kawasan selatan Eropah meliputi Itali dan Corsisa.

Lapan orang, termasuk enam daripada mereka anggota bomba Sepanyol mati, dan beratus-ratus rumah musnah dalam kebakaran paling buruk itu yang memusnahkan seluruh kawasan utara persisiran pantai Mediterranean, yang kemudian merebak ke Turki pada minggu ini.

Kebakaran itu telah memusnahkan beribu-ribu hektar kawasan hutan dengan ribuan anggota bomba dan sukarelawan bertungkus lumus berusaha mengawal api daripada merebak termasuk menggunakan helikopter bagi penyembur air dari udara.

Kebakaran hutan yang berpunca daripada latihan tembakan meriam tentera Perancis di pinggir bandar Marseille itu mula merabak seawal pagi pada 22 Julai lalu.

Di tengah-tengah kemusnahan teruk itu, tuduh menuduh berlaku di Sardinia menyalahkan golongan tidak bertanggungjawab dan penjenayah akibat kejadian itu, di mana mereka yang berusaha menyelamatkan ternakan mati lemas kerana asap tebal.

Kepulan asap tebal dapat di lihat beberapa kilometer dari kawasan kebakaran, dengan anggota bomba dari Itali telah ‘bertempur’ dengan 17 kebakaran bersuhu tinggi di kepulauan Sardinia dan Sicily serta di selatan wilayah Calabria, semalam.

Para pegawai berkata, mereka sedang mengusahakan beberapa langkah bagi mengurangkan tekanan suhu serta langkah menghentikan kemarakan api daripada terus mengganas, kata Luigi D’Angelo daripada pasukan keselamatan awam kepada agensi berita ANSA.

Seramai 1,500 anggota bomba dan sukarelawan telah dikerah dengan dibantu lapan pesawat dan 11 helikopter ke kawasan yang serius.

D’Angelo berkata, beratus-ratus penduduk di perkampungan Budoni di timur laut Sardinia telah dipindahkan, walaupun kebakaran itu tidak membahayakan manusia, tetapi keselamatan penting kerana mereka tinggal di pinggir kawasan hutan yang terbakar.

Para penyiasat yang menyiasat punca kebakaran telah membunuh penggembala di pulau berkenaan apabila menemui bahan pembakar bersamanya yang menjadi punca kebakaran di pulau itu.

“Bencana itu telah menyebabkan kemarahan… terutama apabila kamu dapati ada manusia yang bertanggungjawab terhadap kebakaran itu. Bagi wilayah kami, ia tetap dianggap jenayah yang menyalahi undang-undang,” kata ketua wilayah Sardinian, Ugo Cappellacci pada majlis pengebumian salah seorang mangsa dalam bencana itu.

“Kami tidak dapat memastikan secara tepat tetapi api kini hanya berada pada jarak sekitar 10 meter dari rumah kami,” kata Lucienne Gaspari, salah salah seorang penduduk yang telah meninggalkan rumahnya sebagaimana penduduk kampung lain.

“Anggota bomba bertungkus lumus mengawal api untuk menyelamatkan kepentingan orang ramai, tetapi api terus mengganas dimana-mana.”

“Lima buah pesawat dari Kanada akan diterbangkan ke kawasan terlibat hari ini,” kata Thierry Rogelet, pegawai wilayah selatan Corsican.

Keadaan cuaca akan lebih baik malam ini – angin mula reda dan suhu berada kurang daripada 30 celsius.

Di Marceille, para pegawai telah mengenal pasti sekurang-kurangnya satu lagi kebakaran baru di bandar raya kedua terbesar Perancis ini malam tadi.

Di Sepanyol bencana itu masih terkawal, namun kebanyakan hidupan liar telah musnah apabila lebih 17,000 hektar hutan musnah dijilat api.

Di Likewisw, Greek para pegawai terus membuat pemantauan rapi kerana kebakaran baru boleh berlaku apabila kadar suhu meningkat lebih 40 celsius.

Api merebak,Api merebak berita, Api merebak kini, Api merebak dunia, Api merebak asia,Api merebak malaysia, Api merebak melayu, Api merebak indon, Api merebak indonesia, Api merebak kl, Api merebak foto, Api merebak gambar, Api merebak bf1, berita dunia, berita majalah, berita baru, berita asia, berita artis, berita hiburan, berita kawan, berita politik, berita-berita, beritakini, beritadunia, beridaasia, beritamalaysia, beritamelayu, beritaindon, beritaindonesia, beritakl, beritafoto, beritagambar, beritaterkini, beritaweb, beritaharian, beritabaru, beritabf1, beritatv, berita8, beritagay, beritapenting, beritabulan, beritakasa, beritaawas, berita2, beritascander, beritajalan, beritamaju, beritasukan, berita kini, berita dunia, berita asia, berita malaysia, berita melayu, berita indon, berita indonesia, berita kl, berita foto, berita gambar, berita terkini, berita web, berita harian, berita baru, berita bf1, berita tv, berita 8, berita gay, berita penting, berita bulan, berita kasa, berita awas, berita scander, berita jalan, berita maju, berita sukan, berita, kini, dunia, asia, malaysia, melayu, indon, indonesia, kl, foto, gambar, terkini, web, harian, baru, bf1