Anwar mahu hakim tarik diri – Peguamnya dakwa Hakim Mohamad Zabidin berat sebelah, pasukan pendakwa bantah

Anwar mahu hakim tarik diri –  Peguamnya dakwa Hakim Mohamad Zabidin berat sebelah, pasukan pendakwa bantah

Anwar mahu hakim tarik diri – Peguamnya dakwa Hakim Mohamad Zabidin berat sebelah, pasukan pendakwa bantah

KUALA LUMPUR – Perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi di sini semalam yang sepatutnya mendengar soal balas terhadap pengadu, Mohd. Saiful Bukhari Azlan tertangguh berikutan pihak pembelaan memohon hakim yang mendengar kes itu menarik diri atas alasan berat sebelah.

Permohonan yang difailkan pihak pembelaan pada pagi semalam dibuat setelah Anwar, 63, didakwa tidak berpuas hati dengan keputusan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah berhubung dua artikel terbitan akhbar Utusan Malaysia minggu lalu yang dianggapnya menghina mahkamah.

Perbicaraan kes liwat membabitkan Anwar itu telah berjalan sejak 3 Februari lalu selama tiga hari berturut-turut dengan Mohd. Saiful, 25, selaku saksi pertama pendakwaan memberi keterangan yang mendakwa dirinya diliwat oleh Anwar di sebuah unit Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara di sini pada 26 Jun 2008.

Peguam Karpal Singh yang mengetuai barisan pembelaan menafikan pihaknya berniat untuk melambat-lambatkan perbicaraan kes sebaliknya Karpal mendakwa pihaknya bersedia pada bila-bila masa untuk melakukan soal balas terhadap Mohd. Saiful.

Karpal berhujah bahawa mahkamah perlu mendengar terlebih dahulu permohonan mereka kerana anak guamnya berhak mendapat satu perbicaraan yang adil selaras dengan peruntukan mengikut Artikel 5(1) Perlembagaan Persekutuan.

“Kami tidak berniat untuk melengah-lengahkan kes ini. Perkara ini bukan main-main,” jelas Karpal.

Hakim Mohamad Zabidin kemudian menyoal Karpal tentang tarikh pihak pembelaan mahu mahkamah mendengar permohonan itu sama ada pada sebelah petang semalam atau pagi hari ini.

Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden selaku wakil pendakwaan bagaimanapun mahukan perbicaraan diteruskan hari ini.

Hakim Mohamad Zabidin kemudian memutuskan untuk mendengar permohonan Anwar itu pagi ini bagi memberi peluang kepada pendakwaan memfailkan afidavit tersebut.

“Pihak pembelaan sila kemukakan permohonan itu (minta hakim tarik diri), saya dengar pagi esok (hari ini),” katanya.

Dalam permohonan itu, Anwar menuduh Hakim Mohamad Zabidin menolak secara terus permohonan Karpal yang mendakwa artikel yang diterbitkan dalam Utusan Malaysia pada 4 Februari lalu sebagai menghina mahkamah. Hakim itu memberi alasan ia tidak dilakukan di hadapan mahkamah serta tiada unsur niat jahat untuk mengganggu prosiding.

Selain itu, Anwar mendakwa Hakim Mohamad Zabidin juga tidak memberikan amaran terhadap akhbar tersebut berikutan penyiaran kapsyen pada sekeping gambar yang diterbitkan pada 5 Februari lalu di muka hadapan akhbar tersebut.

Kapsyen itu didakwa Anwar tidak mencerminkan apa yang sebenarnya berlaku di dalam prosiding mahkamah.

Sehubungan itu, keputusan hakim tersebut didakwa Anwar telah terpisah daripada keadilan yang dikehendaki undang-undang serta ditakuti menimbulkan bias dalam perbicaraan kes.

Sementara itu, Mohamed Yusof dalam afidavit jawapan terhadap permohonan Anwar berkata, pihaknya membantah permohonan ketua pembangkang itu atas alasan ia perkara remeh.

“Permohonan itu tidak mempunyai merit, justifikasi, remeh serta satu penyalahgunaan proses mahkamah,” kata beliau.

Menurut beliau, pihak pendakwaan turut menafikan dakwaan Anwar bahawa keputusan hakim membawa kepada elemen berat sebelah serta lari daripada keadilan undang-undang.

Hakim tersebut, kata Mohamed Yusof, telah membuat keputusan dengan bebas bersandarkan fakta.

Anwar yang merupakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat dan Anggota Parlimen Permatang Pauh didakwa meliwat Mohd Saiful, 25, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Dia didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan disebat jika disabitkan kesalahan.

Perbicaraan kes liwat yang menarik perhatian ramai termasuk wakil media luar negara itu berlangsung selepas 18 bulan Anwar dihadapkan ke mahkamah buat kali pertama pada 7 Ogos 2008.

Pada perbicaraan semalam, terdapat tidak sampai 50 orang penyokong Anwar berada di luar mahkamah untuk mengikuti perkembangan perbicaraan itu.

Di luar mahkamah semalam, Anwar yang ditemani isterinya Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail serta beberapa ketua pakatan pembangkang sempat berucap kepada pemberita mengenai perjalanan mahkamah serta tuduhan yang dihadapinya.

Dalam ucapannya itu, Anwar menyatakan rasa kecewa dan menuduh akhbar arus perdana sebagai ejen yang mahu merosakkan nama baik serta kerjayanya dalam politik.

Anwar mahu, Anwar mahu berita, Anwar mahu kini, Anwar mahu dunia, Anwar mahu asia, Anwar mahu malaysia, Anwar mahu melayu, Anwar mahu indon, Anwar mahu indonesia, Anwar mahu kl, Anwar mahu foto, Anwar mahu gambar, Anwar mahu terkini, Anwar mahu web, Anwar mahu harian, Anwar mahu baru, Anwar mahu bf1, berita bf1, berita bf1, berita kini, berita kini, berita malaysia, berita indon, berita indonesia, berita dunia, berita harian, berita majalah, berita baru, berita asia, berita artis, berita hiburan, berita kawan, berita politik,teknologi Anwar mahu,Anwar mahu ekonomi,Anwar, mahu,hakim tarik, diri,  Peguamnya, dakwa, Hakim, Mohamad, Zabidin, berat, sebelah, pasukan, pendakwa, bantah