Ancelotti tak cemas prestasi The Blues

Ancelotti tak cemas prestasi The Blues

Ancelotti tak cemas prestasi The Blues

LONDON – Carlo Ancelotti tidak menganggap persembahan buruk Chelsea sepanjang aksi pramusim akan memberi kesan dalam usaha mereka mempertahankan kejuaraan Liga Perdana England.

Pengurus The Blues itu yang melihat anak-anak buahnya tewas 1-3 di tangan Manchester United pada aksi Perisai Komuniti 2010/11 malam kelmarin bakal membuka saingan musim ini bertemu West Brom, Sabtu ini.

Pada aksi pramusim, Chelsea hanya menang perlawanan pertama ketika menentang Crystal Palace, sebelum mereka tewas kepada Ajax, Eintract Frankfurt dan Hamburg.

Ketiadaan pemain-pemain yang beraksi pada Piala Dunia 2010 mungkin menjadi punca kekalahan pada aksi pramusim tersebut.

Ancelotti berkata, terdapat bebe- rapa posisi yang perlu diperbaiki tetapi beliau masih yakin mereka akan kembali mantap setelah Didier Drogba, Ashley Cole dan Frank Lampard mencapai tahap kecergasan secukupnya.

“Dari segi keputusan memang aksi pramusim kami tidak berapa baik. Kami tewas empat perlawanan. Tetapi sesi latihan kami berjalan dengan baik.

“Kami perlu memastikan pemain- pemain yang baru pulang dari Piala Dunia ini mendapat lebih masa lagi dalam latihan. Mereka hanya akan capai seratus peratus dalam tempoh dua minggu.

“Jadi kami cuma perlu optimis dan yakin untuk menghadapi perlawanan pembukaan liga minggu depan. Saya yakin kami akan kekal me- nguasai tangga teratas liga.”

Persiapan Chelsea musim ini sedi- kit terjejas apabila penjaga gol utama, Petr Cech dan pemain pertaha- nan, Alex mengalami kecederaan tetapi mereka berdua dijangka akan kembali ke padang latihan minggu ini.

Ancelotti, Ancelotti kini, Ancelotti terkini, Ancelotti terbaru, Ancelotti baru, Ancelotti skandal, gambar Ancelotti, foto Ancelotti, video Ancelotti, biodata Ancelotti, biografi Ancelotti, sejarah Ancelotti, web Ancelotti, berita terkini, berita terbaru, berita penting, berita dunia, berita asia