Ancelotti bersuara

Ancelotti bersuara

Ancelotti bersuara

LONDON – ‘Perang mulut’ di antara pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti dan jurulatih Inter Milan, Jose Mourinho semakin menjadi-jadi.

Terbaru, Ancelotti memberitahu, selu- ruh peminat bola sepak di Itali akan menyokong Chelsea pada aksi pertama pusingan kedua Liga Juara-Juara menentang Inter di San Siro awal pagi esok.

Setelah Mourinho mula dibenci oleh kebanyakan peminat di Itali, Ancelotti berkata, semua individu di negara itu kecuali penyokong Inter akan memberi sokongan kepada Chelsea.

“Memang benar selepas dia (Mourinho), tiada siapa yang menghadiahkan kejayaan kepada Chelsea walaupun (Avram) Grant berjaya membawa pasukan ke final Liga Juara-Juara,” kata Ance- lotti.

“Dia bagus dalam mewujudkan suasana dan menguruskan pasukan ini tetapi cara itu tidak akan saya ikuti.”

Sebelum ini, Mourinho telah melancarkan perang psikologi ke atas Ance- lotti sambil menganggap anak-anak buahnya sudah bersedia menyingkirkan Chelsea daripada persaingan kelab elit Eropah itu.

Pada aksi awal pagi esok, Chelsea tampil tanpa kelibat tonggak pertahanan, Ashley Cole yang diketepikan ekoran kecederaan buku lali.

Yury Zhirkov juga tidak dapat diturunkan ekoran masalah betis, sementara Juliano Belletti pula tidak menjalani latihan kelmarin kerana masih dibelenggu kecederaan lutut.

Kelmarin, Mourinho dikenakan hukuman tidak dibenarkan berada di bangku simpanan skuadnya dalam tiga perlawanan Serie A ekoran tinda- kannya menunjukkan isyarat ‘tangan digari’ kepada pengadil ketika perlawanan menentang Sampdoria, Sabtu lalu.

Selain itu, Mourinho yang juga bekas pengurus Chelsea turut dikenakan denda £40,000 (RM209,137).

Persatuan Bola Sepak Itali menganggap perbuatan Mourinho itu seba- gai keterlaluan.

Ancelotti bersuara, Ancelotti bersuara kini, Ancelotti bersuara terkini, Ancelotti bersuara terbaru, Ancelotti bersuara baru, Ancelotti bersuara skandal, gambar Ancelotti bersuara, foto Ancelotti bersuara, video Ancelotti bersuara, biodata Ancelotti bersuara, biografi Ancelotti bersuara, sejarah Ancelotti bersuara, web Ancelotti bersuara, berita terkini, berita terbaru, berita penting, berita dunia, berita asia, berita malaysia, berita melayu, berita indon, berita indonesia, berita kl, berita tv, berita Ancelotti bersuaraan, berita gay, berita artis, berita hiburan, berita sukan, berita ekonomi, berita sains, berita teknologi, berita kesihatan, berita sejarah, berita politik, berita bf1, dunia, asia, malaysia, melayu, indon, indonesia, foto, gambar, terkini, web, Ancelotti bersuara, baru, macam-macam, Bf-1,ekonomi, teknologi,sains dan teknologi,