Anakonda 5.5m ditangkap

Anakonda 5.5m ditangkap

GEORGETOWN, Guyana 16 Sept. – Sepasukan ahli biologi menangkap seekor ular anakonda sepanjang 5.5 meter dengan berat sebanyak 100 kilogram dalam satu ekspedisi hutan hujan tropika di sini, semalam.

Ular gergasi itu mempunyai ukur lilit sepanjang satu meter.

Ahli biologi dari Cardiff, Niall McCann, 29, berkata, kumpulannya berjaya menangkap reptilia gergasi itu ketika ia menyeberangi Sungai Rewa.

“Saya selalu berharap untuk menemui anakonda dan bekerja di Gcondauyana akan memberi peluang kepada kami untuk menemui spesies tersebut.

“Saya hampir digigit reptilia itu ketika menangkapnya dan ia mempunyai kekuatan yang luar biasa sehingga mampu ‘menggetarkan’ pasukan kami,” katanya.

Anakonda merupakan spesies ular terbesar di dunia dan mampu mencapai berat sehingga 250 kilogram.

Reptilia itu akan membelit mangsanya sehingga mati sebelum menelan dan memuntahkan balik mangsanya, manusia dan harimau kumbang antara yang sering menjadi mangsa haiwan ganas itu.

tangkap, GEORGETOWN, Guyana, Sepasukan, ahli, biologi, menangkap, seekor, ular, anakonda, berat, kilogram, ekspedisi, hutan, hujan, tropika, sini, ukur, lilit, satu, meter, Ahli, biologi,  Cardiff, Niall McCann, kumpulannya, berjaya, menangkap, reptilia, gergasi, menyeberangi, Sunga, Rewa, berita gambar, berita gay, berita harian, berita hiburan, berita indon, berita indonesia, berita jalan, berita kasa, berita kawan, berita kini, berita kl, berita majalah, berita maju, berita malaysia, Berita Malaysia dan Singapore, berita melayu, berita penting, berita politik, berita scander, berita terkini, berita tv, berita web, berita-berita