Anak saudara menteri akui jadi ‘raksasa’

Anak saudara menteri akui jadi ‘raksasa’

Anak saudara menteri akui jadi ‘raksasa’

VERSAILLES – Jessica Davies iaitu anak saudara seorang menteri muda pertahanan Britain memberitahu polis bahawa dia sekejam ‘raksaksa’ kerana menikam seorang pemuda Perancis yang baru dikenalinya di sebuah bar, menurut keterangannya yang dibaca di sebuah mahkamah Perancis semalam.

Jessica, 30, iaitu anak saudara menteri muda pertahanan Quentin Davies, kelihatan pucat dan sugul pada hari pertama perbicaraannya berhubung kes pembunuhan pemuda berusia 24 tahun itu pada November 2007.

“Saya cuma mahu melukakannya sedikit tetapi pisau itu terus menusuk ke badan pemuda tersebut,” kata Jessica kepada polis yang dibacakan pada hari pertama perbicaraan itu di sini, barat Paris.

Polis yang tiba di apartmen wanita itu di pinggir bandar Paris pada awal pagi November 11, 2007 menemui suspek sedang berbogel dan melutut semasa cuba menghentikan pendarahan mangsa, Olivier Mugnier.

Dia kemudian memberitahu polis: “Saya melakukannya (pembunuhan tersebut). Saya tidak boleh memberitahu mengapa, tetapi saya melakukannya… saya ialah raksaksa,” menurut kertas pertuduhan itu.

Mugnier meninggal dunia di apartmen tersebut pada pukul 3.45 pagi waktu tempatan, sejam selepas ketibaan pihak polis.

Dia ditikam dua kali di bahagian atas dada. Tikaman yang membunuhnya mengenai tulang belakang mangsa.

Jessica berkenalan dengan Mugnier di sebuah pub sebelum membawa pemuda itu pulang ke apartmennya.

Polis berkata, wanita itu dalam keadaan mabuk semasa dia ditangkap dan terdapat kesan ubat antikemurungan dalam darahnya.

Wanita itu tidak bercakap berhubung kejadian sebelum malam pembunuhan tersebut tetapi memberitahu mahkamah bahawa dia dibesarkan dalam keluarga yang porak peranda.

Dia berdepan hukuman penjara hingga 30 tahun jika didapati bersalah kerana membunuh tanpa niat.

Anak saudara berita terbaru,Anak saudara berita terkini,Anak saudara berita,Anak saudara berita dunia,Anak saudara berita harian,Anak saudara berita hari ini,Anak saudara berita online,Anak saudara berita bola,Anak saudara berita metro,Anak saudara berita seputar,Anak saudara berita hari,Anak saudara berita tentang,Anak saudara berita artis,Anak saudara berita sibolga,Anak saudara berita kerinci,Anak saudara berita harian malaysia,Anak saudara berita harian online,dunia, malaysia, melayu, indon, indonesia, foto, gambar, terkini, web, Dolaran, baru, macam-macam, Bf-1,dunia, sukan