Alonso rampas pendahulu

Alonso rampas pendahulu

Alonso rampas pendahulu

YEONGAM – Pemandu Ferrari, Fernando Alonso merampas kedudukan pendahulu kejuaraan Formula Satu (F1), apabila memenangi Grand Prix Korea, semalam.

Namun, malang bagi pasukan Red Bull, apabila kedua-dua pelumbanya gagal menamatkan saingan.

Pemandu Red Bull, Mark Webber yang memulakan perlumbaan sebagai pendahulu kejuaraan, terbabas ketika perlumbaan yang bermula agak lewat daripada waktu yang ditetapkan

Sementara, rakan sepasukannya Sebastian Vettel, yang memulakan perlumbaan dari petak pertama, hanya mampu mengetuai saingan sehingga pusingan ke-10, selepas jenteranya mengalami masalah.

Keadaan kelam-kabut bermula setelah kereta keselamatan terpaksa mengetuai perlumbaan, tetapi bendera merah kemudiannya dikibarkan selepas hujan lebat, menyebabkan air bertakung di permukaan litar.

Selepas perlumbaan disambung, kereta keselamatan masih kekal berada di litar sehingga pusingan ke-18, iaitu setelah air yang bertakung dipastikan tidak lagi mengganggu perlumbaan.

Perlumbaan selepas itu berjalan lancar, tetapi hanya tamat pada pukul 6 petang waktu tempatan (pukul 5 petang waktu Malaysia).

Pelumba McLaren, Lewis Hamilton menamatkan saingan di tempat kedua bagi menghidupkan peluang untuk merebut kejuaraan dan seorang lagi pemandu Ferrari, Felipe Massa di kedudukan ketiga.

Dengan hanya dua perlumbaan lagi, Alonso mengumpul 231 mata, berada di hadapan Webber dengan 220 mata dan Hamilton dengan 210 mata.

Vettel pula kekal dengan 206 mata dan peluangnya untuk mencabar kejuaraan agar sukar.

”Ini adalah perlumbaan pertama yang saya menangi dalam hujan, jadi, saya amat gembira.

”Tiada yang berubah. Cuma nasib tidak menyebelahi Mark dan Sebastian, tetapi apa sahaja boleh berlaku dalam dua perlumbaan berikutnya,” kata Alonso.

Juara bertahan, Jenson Button tercicir daripada perebutan kejuaraan selepas hanya menamatkan perlumbaan di tempat ke-12.

Selepas dua pusingan kenderaan dilepaskan daripada mengekori kereta keselamatan, Webber gagal mengawal jenteranya, yang kemudian terbabas dan berpusing di atas litar yang licin.

Ekoran insiden tersebut, jentera Webber yang melintang di atas litar, gagal dielak oleh pelumba Mercedes, Nico Rosberg, menyebabkan kedua-dua pelumba gagal menamatkan saingan.

”Ia memang silap saya. Hari ini bukan hari saya. Ini merupakan perlumbaan kedua yang saya gagal tamatkan saingan pada tahun ini. Masih ada dua perlumbaan berbaki, saya akan berusaha melakukan yang terbaik,” kata Webber

Alonso, Alonso kini, Alonso terkini, Alonso terbaru, Alonso baru, Alonso skandal, gambar Alonso, foto Alonso, video  Alonso, biografi Alonso, sejarah Alonso, web Alonso, berita terkini, berita terbaru, berita penting, berita dunia, berita asia