Alonso membara

Alonso membara

Alonso membara

LONDON – Pemandu Ferrari, Fernando Alonso mengakui, dia perlu menamatkan baki perlumbaan Formula Satu (F1) musim ini dalam kelompok tiga terbaik jika berhasrat bergelar juara dunia.

Bahang perebutan gelaran juara dunia kini semakin terasa lebih-lebih lagi hanya terdapat baki lima perlumbaan sahaja dengan jumlah 125 mata yang perlu direbut.

Ketika ini, hanya lima pemandu sahaja yang bersaing memburu kejuaraan dunia dengan menyaksikan pemandu Red Bull, Mark Webber muncul sebagai pendahulu keseluruhan.

Alonso yang berada di tangga ketiga kini hanya ketinggalan 21 mata di belakang Webber (187 mata) manakala tempat kedua menjadi milik pemandu sensasi McLaren, Lewis Hamilton yang mengumpul 182 mata.

Kini hanya 24 mata sahaja yang menjadi jurang kepada kelima-lima pemandu tersebut dan Alonso mendapati dirinya berada di tengah-tengah dengan jarak 21 mata di bela- kang pemimpin kategori pemandu, Mark Webber.

Bagaimanapun, bukan kategori pemandu sahaja yang menjadi ukuran, malah tiga pasukan teratas turut merebut gelaran kategori pengeluar dengan Ferrari di tempat ketiga (60 mata) di belakang Red Bull.

Tempat keempat dan kelima masing-masing dihuni rakan sepasukan Hamilton, Jenson Button dan Sebastian Vettel daripada Red Bull.

“Walaupun tidak mencatat kemenangan di atas podium dalam satu atau dua perlumbaan, ia sudah cukup sukar.

“Persaingan kini sedang berlegar di kalangan lima pemandu dan setakat ini, semuanya masih sama.

“Kami fokus dalam menjalankan tugas masing-masing dan kami akan lihat sama ada ia cukup atau tidak sehingga ke akhir musim.

“Setiap pasukan akan memberi komitmen seratus peratus kepada kedua-dua pemandu mereka. Felipe (Massa) dan saya akan berbuat demikian termasuk McLaren dan Red Bull,” jelas Alonso.

Alonso, Alonso kini, Alonso terkini, Alonso terbaru, Alonso baru, Alonso skandal, gambar Alonso, foto Alonso, video Alonso, biografi Alonso, sejarah Alonso, web Alonso, berita terkini, berita terbaru, berita penting, berita dunia, berita asia