Alonso halangan utama Vettel

Alonso halangan utama Vettel

SINGAPURA – Sebastian Vettel bakal melakar sejarah menjadi pemandu paling muda merangkul gelaran juara dunia buat kali kedua berturut- turut sekiranya berjaya memenangi perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) Singapura, Ahad ini.

Pemandu Red Bull itu juga dalam usaha untuk merekodkan kemenangan ketiga berturut-turut pada perlumbaan di Litar Marina Bay itu selepas melakukannnya di GP Belgium dan GP Itali. Bagaimanapun, laluan pemandu muda Jerman itu untuk merealisasi- kan kesemua matlamat tersebut tidak semudah yang disangka.

Ini kerana, selain perlu berdepan dengan cabaran daripada aspek fizikal dan teknikal, dia juga pastinya akan diberikan tentangan sengit oleh pencabar-pencabar terdekat. Vettel yang telah memenangi lapan perlumbaan musim ini, unggul selaku pendahulu dalam carta kategori pemandu apabila mengumpul 284 mata, 112 mata meninggalkan pe- mandu Ferrari, Fernando Alonso.

Sekiranya dia mahu mengesahkan gelaran juara dunia pada GP Singa- pura, pemandu berusia 24 tahun itu tidak mempunyai pilihan selain memenangi perlumbaan di Litar Marina Bay itu.

Namun, itu hanya akan menjadi kenyataan sekiranya Alonso gagal menaiki podium. Berdasarkan situasi tersebut, banyak pihak menganggap Vettel pasti akan bergelar juara dunia sekiranya dia mengambil pendekatan berhati- hati tanpa sebarang risiko dengan bersabar sehingga perlumbaan musim ini tamat. Bagaimanapun, ketua teknikal Red Bull, Adrian Newey menjelaskan, pendekatan tersebut bukan cara Vettel.

“Vettel enggan terlepas gelaran juara dunia musim ini. Dia benar-benar mahu mendapatkannya. Kamu sendiri dapat lihat betapa dia benar- benar serius dengan matlamat itu di Monza.

“Apa yang menariknya mengenai Vettel, dia tidak akan mengulangi ke- silapan yang sama.

“Dia banyak belajar daripada kesi- lapan-kesilapan yang dilakukannya dan begitu juga dengan kritikan-kritikan yang diterimanya,” kata Newey.

Alonso, halangan, utama, Vettel, SINGAPURA, Sebastian, Vettel, bakal, melakar, sejarah, menjadi pemandu paling muda merangkul gelaran juara dunia buat kali kedua berturut- turut sekiranya berjaya memenangi perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) Singapura, Ahad ini, berita sukan, berita asia, berita terkini, berita antarabangsa