Aktivis hak asasi manusia Indonesia gesa polis Syariah Aceh dibubar

Aktivis hak asasi manusia Indonesia gesa polis Syariah Aceh dibubar

Aktivis hak asasi manusia Indonesia gesa polis Syariah Aceh dibubar

BANDA ACEH 20 Jan. – Pasukan polis Syariah di wilayah Aceh patut dibubarkan selepas tiga pegawai polis didakwa merogol seorang wanita dalam tahanan, kata aktivis hak asasi manusia, Teuku Achmad Fuad.

Katanya, pasukan polis Syariah tidak berbuat apa-apa kecuali menegur cara berpakaian dan memalukan pasangan yang belum berkahwin dan kini mencemarkan imej Aceh sebagai wilayah yang patuh dengan ajaran agama.

“Ini merupakan tindakan yang amat memalukan dan mencemarkan pelaksanaan undang-undang Syariah di Aceh.

“Kami menggesa kerajaan Aceh membubarkan polis Syariah kerena mereka gagal melakukan apa-apa kebaikan,” katanya.

Sementara itu, aktivis hak asasi wanita, Evi Narti Zein berkata, polis Syariah kini hanya menakutkan orang ramai, terutamanya wanita yang tidak memakai tudung dan mengenakan pakaian ketat.

Seorang pelajar wanita berumur 20 tahun didakwa telah dirogol semasa di dalam tahanan polis di timur Aceh awal bulan ini selepas ditahan bersama teman lelakinya di bawah undang-undang tempatan yang digubal untuk menguatkuasakan moral Islam.

Aktivis hak asasi manusia berkata, undang-undang Syariah tidak memberi kuasa menahan sesiapa pun dan hanya mengeluarkan amaran.

Timbalan Gabenor Wilayah, Mohammad Nazar bagaimanapun mempertahankan pasukan polis Syariah dan menyifatkan kes rogol seperti itu adalah satu kejadian terpinggir.

“Kita tidak boleh membubarkan polis Syariah kerana kita memerlukannya untuk melaksanakan undang-undang Syariah,” katanya kepada AFP.

“Masalah sebenarnya adalah sikap tiga pegawai polis berkenaan, bukan institusi,” katanya sambil menambah ketiga-tiga mereka akan dihukum.

Aceh berita terkini,Aceh berita,Aceh berita hari ini,Aceh berita minggu,Aceh berita terbaru,Aceh berita ekonomi,Aceh berita dunia,Aceh berita harian,Aceh berita acara,Aceh informasi,Aceh berita online,Aceh indon,Aceh berita berita,Aceh penting,Aceh turnamen ,Aceh berita internasional, Aceh sukan,Aceh kesihatan, Aceh sains,wallpaper, profil, biografi, berita foto,berita bernama,foto, gambar, terkini, web, Dolaran, baru, berita lain-lain, Bf-1,dunia, sukan,sains,teknologi