Adebayor bersara di pentas antarabangsa

Adebayor bersara di pentas antarabangsa

Adebayor bersara di pentas antarabangsa

LONDON – Penyerang Manchester City dan skuad kebangsaan Togo, Emmanuel Adebayor, kelmarin mengumumkan persaraannya di pentas bola sepak antarabangsa.

Pemain berusia 26 tahun itu yang juga merupakan kapten Togo ketika bas yang dinaiki mereka diserang hendap sewaktu dalam perjalanan untuk beraksi ke Piala Negara-Negara Afrika, Januari lalu yang mengorbankan dua anggota delegasi.

”Sejak tragedi, Januari lalu, ketika Piala Negara-Negara Afrika diadakan, saya terpaksa membuat satu keputusan yang sukar untuk bersara daripada beraksi di pentas bola sepak antarabangsa.

”Saya telah mempertimbangkan perkara ini beberapa bulan yang lalu iaitu sejak peristiwa serangan tersebut berlaku dan saya masih dihantui dengan tragedi hitam yang mana saya menyaksikan sendiri kejadian yang menimpa pasukan Togo,” katanya dalam laman web Manchester City www.mcfc.co.uk., kelmarin.

Ekoran kejadian tersebut, Togo telah bertindak menarik diri daripada menyertai pertandingan itu yang membawa kepada hukuman penggantungan skuad Togo daripada penyertaan Piala Negara-Negara Afrika oleh Persekutuan Bola Sepak Afrika (CAF).

Penolong jurulatih dan pegawai media Togo terkorban dalam tragedi tersebut yang berlaku di Wilayah Cabinda, Utara Angola pada 8 Januari lalu dan Togo telah berkabung selama tiga hari.

”Selama sembilan tahun saya bermain bersama pasukan Togo dan selain kejadian yang berlaku di Angola, saya masih mempunyai kenangan manis sepanjang karier saya di peringkat antarabangsa.

”Mereka yang berada bersama-sama kami dalam bas persiaran itu akan terus bersama dengan ikatan yang istimewa – kami bersaudara. Pasukan dan rakyat Togo sentiasa di hati saya dan saya mengucapkan selamat maju jaya dalam apa juga cabaran yang bakal mereka hadapi pada masa depan,” tambah pemain terbaik Afrika 2008 itu.

Adebayor yang menjaringkan 16 gol telah bersama pasukan Togo sebanyak 38 penampilan dan pasukan negara itu tidak layak ke pusingan akhir Piala Dunia di Afrika Selatan, Jun ini.

Adebayor bersara, Adebayor bersara kini, Adebayor bersara terkini, Adebayor bersara terbaru, Adebayor bersara baru, Adebayor bersara skandal, gambar Adebayor bersara, foto Adebayor bersara, video Adebayor bersara, biodata Adebayor bersara, biografi Adebayor bersara, sejarah Adebayor bersara, web Adebayor bersara, berita terkini, berita terbaru, berita penting, berita dunia, berita asia, berita malaysia, berita melayu, berita indon, berita indonesia, berita kl, berita tv, berita Adebayor bersaraan, berita gay, berita artis, berita hiburan, berita sukan, berita ekonomi, berita sains, berita teknologi, berita kesihatan, berita sejarah, berita politik, berita bf1, dunia, asia, malaysia, melayu, indon, indonesia, foto, gambar, terkini, web, Adebayor bersaraan, baru, macam-macam,Bf-1,Adebayor, bersara, di, pentas, antarabangsa