AC Milan bergaya pintas Inter

AC Milan bergaya pintas Inter

AC Milan bergaya pintas Inter

NAPLES – Robinho dan Zlatan Ibrahimovic menjaringkan gol ketika AC Milan menang 2-1 ke atas Napoli, kelmarin sekali gus memintas Inter dan kini di tangga kedua Seria A.

Tanpa kelibat Ronaldinho yang cedera, Robinho diletakkan dalam kesebelasan utama dan penyerang Brazil itu meletakkan Milan mendahului pada minit ke-22, selepas menerima hantaran Massimo Oddo.

Ibrahimovic kemudiannya menggandakan kelebihan menerusi tandukan, selepas menerima hantaran silang Oddo pada minit ke-72.

Ezequiel Lavezzi merapatkan jurang gol buat Napoli pada minit ke-78.

Napoli terpaksa beraksi dengan 10 pemain apabila pemain tengah, Michele Pazienza mengutip kad kuning kedua, apabila bola terkena tangan pada penghujung separuh masa pertama.

Lazio masih mendahului Serie A dengan 19 mata, Milan 17 mata dan Inter 15 mata.

Napoli kekal di tangga kelima, terikat dengan Juventus dengan 12 mata.

Milan tertekan selepas kalah 0-2 kepada Real Madrid pada Liga Juara-Juara, minggu lalu.

”Secara keseluruhan skuad ini bermain dengan penuh teknikal. Berbanding ketika menentang Madrid, saya rasa semua pemain berjaya menunjukkan perbezaan yang ketara,” katanya. – AP

”Tidak mudah berdepan Napoli kerana mereka mempunyai beberapa pemain berskil tinggi yang sukar dikawal, ” kata jurulatih Milan, Massimiliano Allegri.

Milan akan berhadapan Juventus Sabtu ini.

Selepas gol oleh Robinho, Napoli memberikan cuba bangkit menerusi percubaan Edinson Cavani dan Marek Hamsik, namun gagal menemui penyudah.

Napoli hampir memperoleh gol penyamaan pada separuh masa pertama, tetapi tandukan Lavezzi ditepis keluar Christian Abbiati, yang kemudiannya sekali lagi menyelamatkan percubaan Hamsik pada minit ke-60.

AC Milan, AC Milan kini, AC Milan terkini, AC Milan terbaru, AC Milan baru, AC Milan skandal, gambar AC Milan, foto AC Milan, video  AC Milan, biografi AC Milan, sejarah AC Milan, web AC Milan, berita terkini, berita terbaru, berita penting, berita dunia, berita asia