Abu Bakar minta Ariel sembahyang, taubat

Abu Bakar minta Ariel sembahyang, taubat

Abu Bakar minta Ariel sembahyang, taubat

JAKARTA 28 Sept. – Guru agama Abu Bakar Bashir yang ditahan di pusat tahanan ibu pejabat polis Indonesia bersama Nazriel Irham alias Ariel sering mengajak penyanyi itu sembahyang lima waktu.

Menurut pembantu peribadi guru agama itu, Hasyim Abdullah, Abu Bakar sering menasihati Ariel supaya rajin sembahyang dan bertaubat.

“Abu Bakar ditempatkan di bilik tahanan yang berhadapan dengan bilik tahanan Ariel dan mereka berdua sering berkomunikasi.

“Dia mengetahui bahawa Ariel adalah seorang penyanyi terkenal selepas dimaklumkan oleh penghuni lain di dalam tahanan itu,” kata Hasyim di Jakarta hari ini.

Abu Bakar sering menjadi imam ketika penghuni pusat tahanan itu sembahyang lima waktu mahupun sembahyang Jumaat.

Tokoh agama itu ditangkap bersama-sama beberapa pengawalnya oleh Detasmen 88 di daerah Banjar, Ciamis, Jawa Barat pada 9 Ogos lalu.

Polis mengesyaki Abu Bakar terlibat dengan kegiatan merekrut pengganas di Aceh kerana melantik Dulmatin sebagai ketua pelatih serta menerima laporan kegiatan pengganas di Aceh.

Sementara itu, Ariel menjadi suspek kes video lucah bersama kekasihnya Luna Maya dan artis Cut Tari.

Abu Bakar, Abu Bakar kini, Abu Bakar terkini, Abu Bakar terbaru, Abu Bakar baru, Abu Bakar skandal, gambar Abu Bakar, foto Abu Bakar, video Abu Bakar, biografi Abu Bakar, sejarah Abu Bakar, web Abu Bakar, berita terkini, berita terbaru, berita penting, berita dunia, berita asia