Abang Jacko salahkan Dr. Murray

du_10.1

Abang Jacko salahkan Dr. Murray

LOS ANGELES – Penyanyi terkenal, Michael Jackson masih hidup hari ini jika doktor peribadinya, Dr. Conrad Murray (gambar) meminta bantuan kecemasan dengan segera selepas menyedari dia tidak sedarkan diri, lapor sebuah akhbar semalam.

Abang Raja Pop, Tito berkata: “Saya berpendapat dia panik apabila mendapati adik saya (Michael) tidak sedarkan diri.

“Dia (Dr. Murray) cuba menyedarkan Michael tetapi gagal,” kata abang Michael yang berusia 55 tahun itu.

“Saya tidak tahu berapa lama dia berusaha memulihkan adik saya tetapi saya percaya Michael masih hidup pada hari ini jika dia menghubungi untuk mendapatkan bantuan kecemasan dengan segera,” tambahnya kepada sebuah stesen televisyen Sepanyol.

Ditanya sama ada kemungkinan Michael mati akibat dibunuh Tito menjawab: “Segalanya mungkin.”

Pihak polis sudah menyoal siasat Dr. Murray sebanyak dua kali dan dia akan dipanggil sekali lagi untuk memberi keterangan.

Peguamnya, Ed Chernoff sebelum ini menegaskan bahawa Dr. Murray tidak pernah memberikan sebarang ubat yang dilarang sehingga boleh membunuh Michael.

Michael yang mesra dengan panggilan Jacko meninggal dunia pada 25 Jun lalu di rumah sewanya di sini.

Jacko,Jacko berita, Jacko kini, Jacko dunia, Jacko asia,Jacko malaysia, Jacko melayu, Jacko indon, Jacko indonesia, Jacko kl, Jacko foto, Jacko gambar, Jacko bf1, berita dunia, berita majalah, berita baru, berita asia, berita artis, berita hiburan, berita kawan, berita politik, berita-berita, beritakini, beritadunia, beridaasia, beritamalaysia, beritamelayu, beritaindon, beritaindonesia, beritakl, beritafoto, beritagambar, beritaterkini, beritaweb, beritaharian, beritabaru, beritabf1, beritatv, berita8, beritagay, beritapenting, beritabulan, beritakasa, beritaawas, berita2, beritascander, beritajalan, beritamaju, beritasukan, berita kini, berita dunia, berita asia, berita malaysia, berita melayu, berita indon, berita indonesia, berita kl, berita foto, berita gambar, berita terkini, berita web, berita harian, berita baru, berita bf1, berita tv, berita 8, berita gay, berita penting, berita bulan, berita kasa, berita awas, berita scander, berita jalan, berita maju, berita sukan, berita, kini, dunia, asia, malaysia, melayu, indon, indonesia, kl, foto, gambar, terkini, web, harian, baru, bf1