26 maut serangan bom di masjid Syiah di Iraq

3007549.jpg

26 maut serangan bom di masjid Syiah di Iraq

BAGHDAD – Enam bom meledak dalam tempoh selang beberapa minit berhampiran masjid penganut Syiah di sekitar Iraq semalam dan menyebabkan sekurang-kurangnya 26 orang terbunuh dan berpuluh-puluh lagi cedera.

Militan menyasarkan serangan ke atas beberapa masjid penganut Syiah di Iraq yang ketika itu sedang mengerjakan solat Jumaat.

Serangan di daerah utara Baghdad, Shaab yang menyebabkan 21 maut dan 35 cedera dipercayai berpunca daripada bom yang diletakkan di dalam sebuah kereta yang di luar sebuah masjid yang dipenuhi jemaah.

Sebelum ini beberapa kawasan tumpuan utama penganut Syiah menjadi sasaran serangan yang dipercayai didalangi kumpulan al-Qaeda.  Penganalisis menyifatkan serangan yang dilancarkan itu sebagai usaha menyalakan konflik sengketa antara penganut Islam yang berbeza mazhab di negara ini.

Seorang jurucakap bagi Kementerian Dalam Negeri Iraq enggan memberi sebarang komen mengenai serangan terbaru itu.

Seorang ahli politik yang rapat dengan ulama Syiah Iraq, Moqtada al-Sadr, Raad Souar menyalahkan kerajaan Baghdad pimpinan Perdana Menteri Nouri al-Maliki gagal mengawal keselamatan negara.

“Serangan ini disebabkan kegagalan mengetatkan kawalan keselamatan di Baghdad dan seluruh Iraq,” katanya.

Iraq, Iraq berita, Iraq kini, Iraq dunia, Iraq asia, Iraq malaysia, Iraq melayu, Iraq indon, Iraq indonesia, Iraq kl, Iraq foto, Iraq gambar, Iraq bf1, berita dunia, berita majalah, berita baru, berita asia, berita artis, berita hiburan, berita kawan, berita politik, berita-berita, beritakini, beritadunia, beridaasia, beritamalaysia, beritamelayu, beritaindon, beritaindonesia, beritakl, beritafoto, beritagambar, beritaterkini, beritaweb, beritaharian, beritabaru, beritabf1, beritatv, berita8, beritagay, beritapenting, beritabulan, beritakasa, beritaawas, berita2, beritascander, beritajalan, beritamaju, beritasukan, berita kini, berita dunia, berita asia, berita malaysia, berita melayu, berita indon, berita indonesia, berita kl, berita foto, berita gambar, berita terkini, berita web, berita harian, berita baru, berita bf1, berita tv, berita 8, berita gay, berita penting, berita bulan, berita kasa, berita awas, berita scander, berita jalan, berita maju, berita sukan, berita, kini, dunia, asia, malaysia, melayu, indon, indonesia, kl, foto, gambar, terkini, web, harian, baru, bf1