14 kubur zaman Rome ditemui

14 kubur zaman Rome ditemui

14 kubur zaman Rome ditemui

KAHERAH 13 April – Ahli-ahli arkeologi Mesir yang menjalankan kerja-kerja menggali di sebuah lokasi yang dirancang untuk dibina pusat kegiatan belia menemui 14 kubur purba kurun ketiga sebelum Masihi termasuk satu mumia perempuan yang dihiasi dengan barangan kemas.

‘‘Kubur era Yunani-Rome di Oasis Bahariya, kira-kira 300 kilometer ke barat daya kota ini dijumpai ketika penerokaan menunjukkan ia mungkin merupakan sebahagian daripada tanah perkuburan yang lebih besar,’’ kata Kementerian Kebudayaan Mesir dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Mumia setinggi 97 sentimeter itu ditemui dalam sebuah keranda batu dengan plaster berwarna dan barangan kemas berada di dalamnya.

Ahli-ahli arkeologi yang menggali tempat itu sebelum pembinaan sebuah pusat belia turut menemui beberapa artifak lain. Kawasan berkenaan kini diletakkan di bawah pengawasan pihak berkuasa antikuiti Mesir.

‘‘Siasatan awal mendedahkan empat topeng antropoid dibuat daripada plaster, satu kepingan emas yang dihiasi dengan ukiran empat anak lelaki Horus, satu koleksi syiling dan bekas yang diperbuat daripada kaca dan tanah liat,’’ kata Ketua Ahli Arkeologi Mesir, Zahi Hawass dalam kenyataan tersebut.

Empat anak Horus iaitu Imsety, Duamutef, Hapi dan Qebehsenuef merupakan dewa zaman silam Mesir. Ukiran tersebut menunjukkan pengaruh agama kuno Mesir dalam era Yunani-Rome.

Dewa-dewa berkenaan dipercayai bertindak sebagai pelindung perut, usus dan paru-paru mumia terlibat.

Oasis Bahariya digelar sebagai Lembah Mumia Emas Mesir di mana sejumlah 17 kubur dengan 254 mumia dijumpai pada 1996.

zaman Rome, zaman Rome kini, zaman Rome terkini, zaman Rome terbaru, zaman Rome baru, zaman Rome skandal, gambar zaman Rome, foto zaman Rome, video zaman Rome, biodata zaman Rome, biografi zaman Rome, sejarah zaman Rome, web zaman Rome, berita terkini, berita terbaru, berita penting, berita dunia, berita asia, berita malaysia, berita melayu, berita indon, berita indonesia, berita kl, berita tv, berita zaman Romean, berita gay, berita artis, berita hiburan, berita sukan, berita ekonomi, berita sains, berita teknologi, berita kesihatan, berita sejarah, berita politik, berita bf1, dunia, asia, malaysia, melayu, indon, indonesia, foto, gambar, terkini, web, zaman Romean, baru, macam-macam,Bf-1,14, kubur, zaman, Rome, ditemui