Tag Archives: yelena isinbayeva

Usain Bolt sengaja elak jumpa Tyson Gay

su_10.1

Usain Bolt sengaja elak jumpa Tyson Gay

BRUSSELS – Pemenang tiga pingat emas Kejohanan Olahraga Dunia, Usain Bolt mengesahkan tidak akan menentang pencabarnya, Tyson Gay dalam acara 100 meter pada Kejohanan Liga Emas yang bermula hari ini.

Pada kejohanan di Berlin bulan lalu, Bolt mencatat rekod baru dunia dengan catatan 9.58 saat ketika menewaskan Gay. Dia juga mengungguli acara 200m, juga dengan catatan rekod baru dunia 19.19s.

Begitupun, ketiadaan Bolt pada aksi Liga Emas kali ini bakal menyaksikan Gay akan menentang bekas pemegang rekod dunia yang juga rakan senegara Bolt dari Jamaica, Asafa Powell.

“Saya telah beraksi dalam banyak perlumbaan 100m musim ini dan sebab itulah jurulatih saya memutus- kan agar saya hanya beraksi dalam acara 200m di Brussels,” jelas Bolt yang turut akan beraksi dalam acara itu pada Kejohanan Akhir Olahraga Dunia di Thessaloniki, Greece pertengahan bulan ini.

“Sejak berakhirnya Kejohanan Dunia, saya hanya mempunyai dua minggu untuk kembali kepada prestasi sedia ada. Kini saya semakin baik dan saya harap saya dapat beraksi dengan baik di Zurich nanti.”

Dalam pada itu, pemburuan hadiah wang tunai AS$1 juta (RM3.5 juta) pada saingan Liga Emas musim ini bakal menjadi rebutan tiga atlet.

Juara dunia dan Sukan Olimpik, Kenenisa Bekele akan beraksi dalam acara 5,000m dan menjadi pilihan untuk memenangi hadiah utama itu selepas dia memenangi kesemua perlumbaan tahun ini.

Turut menjadi perhatian ialah jaguh Amerika Syarikat, Sanya Richards yang akan beraksi dalam acara 400m wanita. Begitupun, Richards bakal berdepan pencabar utamanya dari Britain, Christine Ohuruogu.

Ratu lompat bergalah Rusia, Yelena Isinbayeva juga berada dalam senarai calon walaupun pemegang rekod dunia itu gagal memenangi sebarang pingat pada Kejohanan Dunia di Berlin bulan lalu.

bolt, bolt kini, bolt terkini, bolt terbaru, bolt baru, bolt skandal, gambar bolt, foto bolt, video bolt, biodata bolt, biografi bolt, sejarah bolt, web bolt, berita terkini, berita terbaru, berita penting, berita dunia, berita asia, berita malaysia, berita melayu, berita indon, berita indonesia, berita kl, berita tv, berita harian, berita gay, berita artis, berita hiburan, berita sukan, berita ekonomi, berita sains, berita teknologi, berita kesihatan, berita sejarah, berita politik, berita bf1, dunia, asia, malaysia, melayu, indon, indonesia, foto, gambar, terkini, web, harian, baru, macam-macam, Bf-1, Bolt, Usain Bolt

Liu Xiang kembali warnai balapan

su_09.1

Liu Xiang kembali warnai balapan

BEIJING – Bekas juara dunia, Liu Xiang dijangka kembali beraksi dalam acara 110 lari berpagar pada Kejohanan Olahraga Grand Prix (GP) Shanghai bulan ini.

Liu yang juga pemenang pingat emas Sukan Olimpik 2004, mengalami kecederaan ketika beraksi pada peringkat saringan Sukan Olimpik 2008 di Beijing.

Sejak itu, dia tidak pernah beraksi tetapi kembali menjalani latihan sejak Julai lalu.

“Kami masih menunggu keputusan sama ada jurulatihnya akan mmbenarkan Liu Xiang beraksi pada GP ini kelak,” kata Pegawai Perhubungan Awam GP Shanghai, Waggener Edstrom semalam.

“Walau apa yang terjadi, dia pasti akan hadir pada kejohanan ini. Jika dia tidak mengambil bahagian, dia akan hadir untuk acara promosi selain menjadi penonton.

“Kami sudah menerima senarai akhir atlet-atlet luar negara tetapi kami belum membuat senarai akhir penyertaan atlet tempatan kerana kami masih menunggu keputusan sama ada Liu akan mengambil bahagian atau tidak.”

Sementara itu, atlet terpantas dunia dari Jamaica, Usain Bolt telah mengesahkan penyertaannya pada kejohanan yang akan diadakan pada 20 September ini.

Selain Bolt, turut menyerikan kejohanan itu nanti termasuklah pelari wanita Jamaica, Veronica Campbell-Brown serta ratu lompat bergalah dunia, Yelena Isinbayeva.

liu xiang, liu xiang kini, liu xiang terkini, liu xiang terbaru, liu xiang baru, liu xiang skandal, gambar liu xiang, foto liu xiang, video liu xiang, biodata liu xiang, biografi liu xiang, sejarah liu xiang, web liu xiang, berita terkini, berita terbaru, berita penting, berita dunia, berita asia, berita malaysia, berita melayu, berita indon, berita indonesia, berita kl, berita tv, berita harian, berita gay, berita artis, berita hiburan, berita sukan, berita ekonomi, berita sains, berita teknologi, berita kesihatan, berita sejarah, berita politik, berita bf1, dunia, asia, malaysia, melayu, indon, indonesia, foto, gambar, terkini, web, harian, baru, macam-macam, Bf-1, Liu Xiang