Tag Archives: web azian

Azian mahu tebus kekecewaan di Korat

su_07.1

Azian mahu tebus kekecewaan di Korat

ATLET lumba basikal lebuh raya wanita negara, Noor Azian Alias yakin dapat memenuhi sasaran untuk membawa pulang satu pingat emas dalam acara kegemarannya itu pada temasya Sukan SEA di Vientiane, Laos, Disember depan.

Noor Azian, 29, berkata, misi untuk memperoleh kemenangan di Laos nampak lebih mudah berbanding dengan edisi di Korat, Thailand kerana laluan perlumbaan kali ini lebih rata dan tidak berbukit.

“Semua pelumba yang menyertai kejohanan pasti mahukan kemenangan, begitu juga dengan saya dan saya tidak mahu kecewakan harapan yang diberikan oleh jurulatih dan pasukan,” katanya semalam.

Pelumba berasal dari Johor itu berkata, dia akan berusaha bersungguh- sungguh bagi memastikan impiannya untuk mengulangi kejayaan di Sukan SEA Manila, Filipina pada 2005 menjadi kenyataan.

“Saya akan memberi sepenuh perhatian kepada latihan dan akan menurut apa sahaja arahan jurulatih bagi membina kekuatan fizikal dan mental sebelum ber- aksi pada temasya dwitahunan itu,” kata- nya.

Ketika di Sukan SEA Korat dua tahun lepas, Noor Azian sekadar menduduki tempat kesembilan kerana mengalami demam pada hari kejohanan dan keke- cewaan itu yang mahu beliau tebus di Laos kelak.

Noor Azian berkata, walaupun baru sahaja menyertai Kejuaraan Berbasikal Asia (ACC) di Kalimantan, Indonesia pada bulan lepas, dia bersama empat lagi pelumba wanita akan menjalani latihan dan menyertai kejohanan mingguan di Melbourne, Australia selama sebulan setengah bermula pada awal Oktober depan.

Empat lagi pelumba yang akan menggalas cabaran di Laos ialah Mariana Mohamad, Masziyaton Mohd. Radzi, Kimbeley Yap Fui Lai dan Nurul Ahmar Badeuzzaman di bawah jurulatih wanita, Mohd. Shari Mohamad Nor.

Selain Noor Azian, skuad lebuh raya wanita turut meletakkan sasaran pingat emas kepada pelumba seniornya, Mariana.

azian, azian kini, azian terkini, azian terbaru, azian baru, azian skandal, gambar azian, foto azian, video azian, biodata azian, biografi azian, sejarah azian, web azian, berita terkini, berita terbaru, berita penting, berita dunia, berita asia, berita malaysia, berita melayu, berita indon, berita indonesia, berita kl, berita tv, berita harian, berita gay, berita artis, berita hiburan, berita sukan, berita ekonomi, berita sains, berita teknologi, berita kesihatan, berita sejarah, berita politik, berita bf1, dunia, asia, malaysia, melayu, indon, indonesia, foto, gambar, terkini, web, harian, baru, macam-macam, Bf-1, lumba basikal